Khamis, 7 Januari 2016 | 4:35pm
KETUA Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah memeriksa kenderaan yang dirampas berikutan penahanan dua sindiket pengedaran dadah dalam dua serbuan berasingan di daerah Melaka Tengah.- Foto Rasul Azli Samad

KETUA Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah memeriksa kenderaan yang dirampas berikutan penahanan dua sindiket pengedaran dadah dalam dua serbuan berasingan di daerah Melaka Tengah. - Foto Rasul Azli Samad

Dua sindiket dadah di Melaka tumpas

KETUA Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas berikutan penahanan dua sindiket pengedaran dadah dalam dua serbuan berasingan di daerah Melaka Tengah. - Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Polis melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan lima individu, termasuk seorang wanita serta merampas dadah dan tiga kenderaan bernilai RM174,150 dalam dua serbuan berasingan di daerah ini, semalam dan pagi tadi.

Dalam operasi di Semabok jam 8.40 pagi semalam dan di Tiang Dua jam 6 pagi tadi, semua suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 46 tahun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata kejayaan itu hasil kerjasama sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama jam 8.40 pagi hasil maklumat awam dan risikan, polis menyerbu sebuah pangsapuri di Jalan Semabok dan menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 38 hingga 46 tahun.

"Pemeriksaan lanjut, polis menemui serbuk dadah dipercayai heroin dan syabu bernilai RM14,000. Turut dirampas tiga kereta jenis BMW X5, Toyota Vios dan PERODUA Myvi, wang tunai RM2,000 dan pelbagai barangan kemas.

"Susulan penahanan empat individu itu, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Batu 7 1/2, Tiang Dua, Ayer Molek dan menemui enam paket plastik lutsinar disyaki heroin dan syabu bernilai RM1,150 serta menahan dua lelaki berusia 20 dan 25 tahun", katanya pada sidang media di Balai Polis Banda Kaba di sini, hari ini.

Shaikh Abdul Adzis berkata, siasatan awal mendapati dua sindiket berkenaan dipercayai aktif mengedar dadah sejak lima hari lalu di kawasan Kampung Gelam Sungai Udang dan secara kecil-kecilan.

"Semua mereka yang ditahan direman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, "katanya.

Berita Harian X