Isnin, 21 Disember 2015 | 3:05pm

Pengguna LSA dapat diskaun

SUBANG JAYA: Lebuhraya Konsortium Shah Alam Selangor Sdn Bhd (KESAS) menawarkan 10 peratus diskaun tol kepada pengguna kenderaan kelas satu Lebuhraya Shah Alam (LSA) pada 25 Disember ini.

Diskaun yang bermula 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam itu memberi peluang pengguna LSA menikmati penurunan 20 sen berbanding kadar tol asal RM2.

Timbalan Pengurus Besar Kewangan dan Korporat, Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata pemberian diskaun itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengguna LSA yang sentiasa menyokong KESAS.

Sebanyak RM1.5 juta pemberian diskaun sempena perayaan diberi oleh KESAS sejak ia mula dilaksanakan pada 2010.

Berita Harian X