Khamis, 22 Disember 2016 | 1:35pm

2 remaja maut motosikal bertembung

KEADAAN motosikal mangsa yang remuk dalam kemalangan maut membabitkan dua remaja di Kampung Matang Kong, dekat Alor Setar, pagi tadi. - Foto Zuliaty Zulkiffli
KEADAAN motosikal mangsa yang remuk dalam kemalangan maut membabitkan dua remaja di Kampung Matang Kong, dekat Alor Setar, pagi tadi. - Foto Zuliaty Zulkiffli

ALOR SETAR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung sesama sendiri di Kampung Matang Kong, dekat Jalan Gunung Keriang, di sini pagi tadi.

Mohamad Aqib Naim Safari, 15, dan Mohd Arieff Haiqal Md Desa, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami di muka dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Mohd Aqil Naim dari arah Sungai Korok menghala Pantai Johor cuba memotong sebuah motosikal lain, sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang Mohd Arieff.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

Berita Harian X