Khamis, 10 November 2016 | 8:29pm
Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq (lima dari kiri) bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK), Datuk Amir Mohd Noor (tiga dari kiri) dan Pengurus Besar The St. Regis, Thomas Schwall (enam dari kiri) bersama para pelatih dari Akademi Perlancongan Langkawi (LTA) di Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Antara NCIA, St. Regis dan JPKK di The St. Regis Langkawi. - Foto Eizairi Shamsudin

NCIA, St Regis bantu lonjak sektor pelancongan Langkawi

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq (kanan) bertukar dokumen bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK), Datuk Amir Mohd Noor (kiri) sambil disaksikan Pengurus Besar The St. Regis, Thomas Schwall di Majlis menandatangani Memorendum Persefahaman Antara NCIA, St. Regis dan JPKK di The St. Regis Langkawi. - Foto Eizairi Shamsudin

LANGKAWI: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan membantu kerajaan dalam memperkasa bidang pelancongan negara, khususnya dalam menyediakan tenaga pakar untuk sektor berkenaan khususnya di pulau ini.

Untuk itu, NCIA menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama The St Regis Langkawi (St Regis), Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) dan Akademi Pelancongan Langkawi (APL) untuk memastikan hasrat itu tercapai.

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, berkata langkah itu seiring dengan Blueprint Pelancongan Langkawi yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Disember 2011.

"Bersama St Regis kami sedia bekerjasama dalam mengendalikan program latihan termasuk teori dan praktikal bagi melahirkan sumber manusia mapan dalam bidang perhotelan.

"Kerjasama dengan JPKK dan LTA pula bermatlamat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang terapi spa membabitkan para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya ketika ditemui sempena majlis pertukaran dokumen MoU di St Regis di sini, sebentar tadi.

Pada majlis itu, NCIA diwakili Redza Rafiq, manakala St Regis diwakili Pengurus Besarnya, Thomas Schwall, seterusnya JPKK dan LTA masing-masing diwakili Ketua Pengarah, Datuk Amir Md Noor dan Pengarah, Zainab Othman.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli.

Redza Rafiq berkata, di bawah kerjasama dipersetujui itu, St Regis bukan sahaja bersedia menyediakan kemudahan untuk latihan, malah turut memberi komitmen untuk menawarkan pekerjaan kepada pelatih LTA selepas mereka menamatkan kursus.

"Kita yakin dengan usaha ini hasrat NCIA mempromosi Langkawi sebagai destinasi pelancongan spa tradisional yang 'mesra muslim' menjadi realiti menjelang 2020," katanya.

Berita Harian X