Sabtu, 18 Jun 2016 | 2:44pm

Imperial Raya sasar tarik 1.2 juta pengunjung

PENGERUSI Jawatankuasa Agama, Pelancongan, Warisan dan Kerja Raya Negeri Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid (tengah) bersama Pengurus Belleview Group, Datuk Sonny Ho (tiga dari kiri) menyalakan pelita buluh simbolik majlis pelancaran "The Imperial Raya" di Pasaraya Aman Central. - Foto Muhd Adib

ALOR SETAR: Kompleks beli-belah Aman Central, dekat sini, menyasarkan kehadiran 1.2 juta pengunjung menerusi penganjuran 'Imperial Raya' yang mengetengahkan konsep 'Bazar Marakesh'.

Imperial Raya yang bermula 10 Jun lalu menyediakan 33 gerai dalam kompleks beli-belah itu yang menawarkan pelbagai barangan kelengkapan raya.

Pengurus Kompleks Aman Central, Simon Ho, berkata selain Bazar Marakesh, Imperial Raya turut menampilkan beberapa aktiviti lain berkonsepkan ala Maghribi seperti tarian Joghee dan Samadhan, kumpulan muzik Arab, bengkel membuat sabun serta lampu.

"Selain itu, kita akan memanjangkan waktu operasi hingga ke jam 11 malam, mulai 25 Jun hingga 5 Julai bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli-belah," katanya sempena pelancaran Imperial Raya, di sini malam tadi, yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.

Simon berkata, Aman Central turut menganjurkan Minggu Fesyen Kedah 2016, bermula 1 hingga 3 Julai ini, dengan menampilkan koleksi fesyen berjenama serta karya anak Kedah.

Berita Harian X