Rabu, 24 Februari 2016 | 7:34pm

Lelaki tunai nazar Ahmad Bashah jadi MB

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membotakkan kepala Zainuddin Kadir pada majlis ringkas di padang letak kenderaan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di Langkawi, hari ini. - Foto Hamzah Osman
MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membotakkan kepala Zainuddin Kadir pada majlis ringkas di padang letak kenderaan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di Langkawi, hari ini. - Foto Hamzah Osman

LANGKAWI: Seorang pengusaha agensi pelancongan hari ini membotakkan kepala bagi menunaikan nazar pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Lebih istimewa, upacara membotakkan kepala Zainudin Kadir, 51, pada jam 4.45 petang itu dilakukan sendiri oleh Ahmad Bashah pada majlis ringkas di padang letak kenderaan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini.

Ketika ditemui, Zainudin yang juga Ketua Perhubungan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Kedah/Perlis, berkata nazar itu dilakukan sebagai tanda sokongan kepada Menteri Besar.

"Hari ini saya teruja apabila Datuk Seri (Ahmad Bashah) selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Menteri Besar Kedah sudi menunaikan nazar membotakkan kepala saya sempena lawatan pertamanya ke sini," katanya.

Mengulas upacara ringkas itu, Ahmad Bashah tidak menyangka ada individu sanggup bernazar seperti itu demi menunjukkan sokongan kepadanya yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Berita Harian X