X
Selasa, 22 Disember 2015 | 4:09pm

Diskaun tol 15 peratus di LLB sempena Krismas

BUTTERWORTH: Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) menawarkan diskaun tol 15 peratus sempena sambutan Krismas pada Jumaat ini.

Pengurus Besarnya, Adnan Ariffin, berkata diskaun itu bermula dari jam 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam pada 25 Disember ini.

Beliau berkata, diskaun sebanyak 20 sen ini ditawarkan kepada semua pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara tunai dan juga elektronik di Plaza Tol Sungai Nyior.

"LLB bagaimanapun menggalakkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol secara elektronik supaya perjalanan lebih cepat dan selesa terutama ketika musim perayaan ini.

"Diskaun ini adalah sebahagian program tanggungjawab sosial korporat syarikat konsesi lebuh raya terhadap pengguna. Untuk maklumat lanjut pengguna boleh melayari laman web LLB di www.llb.com.my," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berita Harian X