Jumaat, 30 Jun 2017 | 12:09am
'TAPAK' kebun tanaman pokok tin di bumbung bangunan sebuah sekolah agama dekat Kampung Padang Halban di Changlun. - Foto Azhar Ramli
'TAPAK' kebun tanaman pokok tin di bumbung bangunan sebuah sekolah agama dekat Kampung Padang Halban di Changlun. - Foto Azhar Ramli
GURU Sekolah Agama At-Toyyibah, Afiq Hayazi Ahmad diberi tanggungjawab mengusahakan projek tanaman pokok tin di Sekolah Agama At-Toyyibah di Changlun. - Foto Azhar Ramli
GURU Sekolah Agama At-Toyyibah, Afiq Hayazi Ahmad diberi tanggungjawab mengusahakan projek tanaman pokok tin di Sekolah Agama At-Toyyibah di Changlun. - Foto Azhar Ramli
AFIQ Hayazi mengusahakan tanaman pokok tin di bumbung bangunan Sekolah Agama At-Toyyibah di Changlun. - Foto Azhar Ramli
AFIQ Hayazi mengusahakan tanaman pokok tin di bumbung bangunan Sekolah Agama At-Toyyibah di Changlun. - Foto Azhar Ramli
PROJEK pokok tin menjadi sebahagian usaha mencari pendapatan tambahan bagi membina bangunan baharu di Sekolah Agama At-Toyyibah di Changlun. - Foto Azhar Ramli
PROJEK pokok tin menjadi sebahagian usaha mencari pendapatan tambahan bagi membina bangunan baharu di Sekolah Agama At-Toyyibah di Changlun. - Foto Azhar Ramli
GURU Sekolah Agama At-Toyyibah, Afiq Hayazi Ahmad. - Foto Azhar Ramli
GURU Sekolah Agama At-Toyyibah, Afiq Hayazi Ahmad. - Foto Azhar Ramli
GURU Besar Sekolah Agama At-Toyyibah, Ahmad Muhtad Yusoff. - Foto Azhar Ramli
GURU Besar Sekolah Agama At-Toyyibah, Ahmad Muhtad Yusoff. - Foto Azhar Ramli

Kebun pokok tin atas bumbung jana pendapatan

CHANGLUN: Sebuah sekolah agama dekat Kampung Padang Halban di sini, mencipta kelainan apabila menjadikan bumbung bangunan tiga tingkatnya sebagai 'tapak' kebun tanaman pokok tin.

Inisiatif itu diambil Sekolah Agama At-Toyyibah sejak April lalu dan ternyata membuahkan hasil apabila membantu sekolah terbabit menjana pulangan yang agak lumayan.

Ini terbukti apabila sekolah terbabit mula menghitung keuntungan hasil projek berkenaan yang disifatkan sudah 'balik modal' selepas enam bulan diusahakan dengan kos RM20,000.

Guru sekolah itu, Afiq Hayazi Ahmad, berkata bermula dengan 10 pokok tin pada April lalu, kini jumlahnya meningkatkan kepada kira-kira 200 pohon memenuhi bumbung sekolah itu.

Beliau yang diberi tanggungjawab mengusahakan projek itu, berkata tumbuhan terbabit dipilih kerana mengeluarkan hasil yang cepat iaitu dalam tempoh tiga hingga enam bulan sahaja.

  

"Di sekolah ini, kami berdepan kekangan kawasan bertanah. Selepas melihat keunikan yang belum dibuat mana-mana pengusaha tanaman pokok tin, kami memilih bumbung sekolah sebagai lokasi penanaman.

  

"Bercucuk tanam di atas bumbung ini sesuai untuk pokok tin, selain mendapat cahaya matahari yang mencukupi, ia juga membantu tanaman mengelak serangan belalang serta ulat," katanya.

Afiq berkata, hasil yang diperoleh nyata berbaloi kerana sejak diusahakan April tahun lalu, pihaknya sudah menjual kira-kira 100 kilogram (kg) buah tin.

"Kami bukan setakat menjual buahnya, malah turut memasarkan anak pokok serta benihnya.

"Permintaan untuk buah dan pokok tin sangat menggalakkan terutama daripada pengusaha nurseri. Menariknya pasaran kami tidak terhad di Kedah, malah turut dipasarkan hingga ke Kuala Lumpur," katanya. 

Guru Besar Sekolah Agama At-Toyyibah, Ahmad Muhtad Yusoff, berkata selain sebagai sumber pendapatan sekolah, projek pokok tin itu juga menjadi sebahagian usaha pihaknya mencari pendapatan tambahan bagi membina bangunan baharu di sekolah itu. 

"Perancangan untuk membina bangunan tiga tingkat yang menempatkan kelas dan surau bermula sejak 2016, namun kita tidak mempunyai peruntukan kerana ia dijangka membabitkan kos sehingga RM1.5 juta.

"Kami tidak boleh mengharapkan derma semata-mata, jadi projek pokok tin ini adalah antara usaha ke arah itu," katanya.

Info:

* RM80 sekilogram - harga buah tin segar dijual Sekolah Agama At-Toyyibah mengikut jenis berbanding RM120 harga biasa

* Antara khasiat buah tin: menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan berat badan, melindungi diri daripada barah payu dara, membantu pesakit diabetes, menguatkan tulang, mengelak masalah sembelit dan melegakan sakit tekak

* Berminat membeli pokok tin boleh hubungi talian 019-5058203 atau layari laman Facebook POKOK TIN Sekolah Agama At-Toyyibah

TAMAT

Berita Harian X