Sabtu, 20 Mei 2017 | 12:01am
NUR Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura di majlis pembukaan Hannan Medispa. - Foto NSTP/Zunnur Al Shafiq
NUR Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura di majlis pembukaan Hannan Medispa. - Foto NSTP/Zunnur Al Shafiq
PELAKON dan penyanyi, Fazura ketika hadir pada majlis Live the High Live With Firefly di Zebra Square. - Foto Owee Ah Chun
PELAKON dan penyanyi, Fazura ketika hadir pada majlis Live the High Live With Firefly di Zebra Square. - Foto Owee Ah Chun
PELAKON dan penyanyi, Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin berselfie dengan wartawan pada majlis Live the High Live With Firefly di Zebra Square. - Foto Owee Ah Chun
PELAKON dan penyanyi, Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin berselfie dengan wartawan pada majlis Live the High Live With Firefly di Zebra Square. - Foto Owee Ah Chun
PELAKON filem J Revolusi, Nur Fazura Sharifuddin ataupun dikenali sebagai Fazura. - Foto NSTP/Khairul Azhar Ahmad
PELAKON filem J Revolusi, Nur Fazura Sharifuddin ataupun dikenali sebagai Fazura. - Foto NSTP/Khairul Azhar Ahmad
ZUL Ariffin (kanan), Nur Fazura Sharifuddin dan Farid Kamil (kiri) pada majlis sidang media filem J Revolusi. - Foto NSTP/Zunnur Al Shafiq
ZUL Ariffin (kanan), Nur Fazura Sharifuddin dan Farid Kamil (kiri) pada majlis sidang media filem J Revolusi. - Foto NSTP/Zunnur Al Shafiq
GAMBAR fail, pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Lee Sai Peng (kiri) dan pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Nur Fazura Sharifuddin pada Festival Filem Malaysia ke-27 pada September 2015. - Foto NSTP/Adi Safri

Fazura dicemburui peminat Fattah

KUALA LUMPUR: Sangka Nur Fazura Sharifuddin, selepas dipilih pengarah untuk membawa watak Nura Medina dalam drama, Hero Seorang Cinderella yang bakal ditayang Isnin ini, segala kontroversi akan reda dan tiada lagi cakap-cakap nakal yang timbul.

Sebaliknya yang berlaku apabila ramai rasa cemburu terhadap pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 terbabit, lebih-lebih lagi apabila terpilih mendampingi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, Fattah Amin dalam drama arahan Michael Ang berkenaan.

Lebih melucukan apabila ada netizen sanggup bertegang urat, malah turut mempersoalkan kemampuannya menandingi fenomena gandingan Fattah dan Neelofa dalam drama, Suri Hati Mr Pilot.

Mengakui situasi itu pernah berlaku, Fazura bagaimanapun, enggan mengambil peduli dan menyifatkan, ia sebagai lumrah apabila peminat terlalu memuja artis kesayangan mereka.

"Apabila terlalu meminati, segelintir peminat terutama wanita akan menjadi begitu obses, bersifat terlalu melindungi dan mahu memiliki. Situasi itu berbeza apabila peminat lelaki meminati seseorang artis wanita.

"Peminat harus faham, lakonan adalah kerjaya saya. Sebagai pelakon, saya perlu mencari keserasian dengan cara tersendiri. Itu sahaja," kata Fazura yang turut mencuri perhatian umum apabila mendampingi Fattah di permaidani merah ABPBH 3.0 lalu.

FAZURA (kiri) dan Fattah Amin pada malam kemuncak tiga dekad Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam
FAZURA (kiri) dan Fattah Amin pada malam kemuncak tiga dekad Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

'Dating' di lokasi

Diusik dengan soalan, tidakkah dirinya bimbang andai keakrabannya dengan jejaka tinggi lampai itu bakal mengundang spekulasi nakal, Fazura lebih memikirkan aspek positif terhadap hubungan itu.

"Sebelum ini, pelbagai label yang peminat berikan dan saya memandangnya dari sudut positif. Saya menganggap semua itu sebagai sokongan mereka terhadap lakonan kami. Soal digosipkan bercinta, biasalah saya single dan Fattah juga mungkin masih solo, jadi orang bebas membuat spekulasi.

"Memang kami sering 'berdating' tetapi hanya di lokasi dan selepas tamat penggambaran, kami akan buat hal masing-masing," katanya.

Banyak menghabiskan masa bersama Fattah di lokasi penggambaran, Fazura mengakui lelaki itu mempunyai semangat besar untuk memperbaiki mutu lakonannya yang sebelum ini sering mengundang kritikan.

"Fattah bekerja keras dan sentiasa berlatih untuk menghidupkan wataknya. Dia juga sangat berdisiplin dan menepati masa. Terus-terang, sifat seperti itu membuatkan saya senang bekerja dengannya.

"Karakternya sangat berbeza di luar set kerana Fattah agak pemalu dan pendiam. Tetapi, apabila mula berbual dengannya, Fattah sangat kelakar dan bijak," katanya.

PELAKON Filem Wanita Popular, Fazura bersama trofi pada Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman
PELAKON Filem Wanita Popular, Fazura bersama trofi pada Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

Pesanan untuk Fattah

Pernah meramalkan Fattah bakal meraih kemenangan besar pada ABPBH 3.0 lalu dan menjadi kenyataan, Fazura sempat menitipkan pesanan berharga buat gandingan baharunya itu. Baginya, gelaran besar yang diraih bukan alasan untuk membanggakan diri.

"Jika tidak berhati-hati, gelaran akan membuat seseorang sombong dan lupa diri. Saya percaya Fattah tidak begitu dan berharap kemenangan itu akan membuatnya lebih merendah diri serta menghargai insan sekeliling yang menyanjungi bakatnya," katanya.

Fazura juga baru selesai merakamkan lagu bersama Fattah yang menggunakan judul yang sama dengan drama lakonan mereka. Mengulas mengenai kejayaannya pada ABPBH 3.0, anak kelahiran Pekan, Pahang ini berkata, Fattah sejak awal lagi sudah mengucapkan tahniah kerana yakin dirinya tidak akan pulang dengan tangan kosong.

"Bagi saya, ia perkara biasa apabila menerima ucapan tahniah sebelum keputusan diumumkan. Saya buat tidak tahu kerana enggan membebankan diri. Apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya sempat berbisik kepada Fattah, ramalannya itu benar," katanya.

PELAKON Filem Lelaki dan Wanita Popular, Zul Ariffin dan Fazura gembira selepas menerima trofi masing-masing pada Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

INFO:Nur Fazura

  • Nur Fazura Sharifuddin dilahirkan di Pekan, Pahang pada 27 September 1983.

  • Memulakan kerjaya dalam industri hiburan sebagai pengacara, seterusnya mengorak langkah sebagai pelakon apabila memegang watak utama dalam filem Bicara Hati pada tahun 2004. Filem itu juga melayakkan Fazura meraih trofi Pelakon Harapan Terbaik, Festival Filem Malaysia.

  • Dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-27 menerusi watak Ifti Liyana, lakonannya dalam filem Manisnya Cinta di Cappadoccia arahan Bernard Chauly.

  • Turut menceburi dunia perniagaan, Fazura juga membina nama sebagai penyanyi apabila merakamkan single pertamanya, Sayangi Dirimu diikuti Bangun. Mengikat kontrak bersama syarikat rakaman Universal Music untuk menguruskan perjalanan kerjayanya pada awal tahun ini.

Berita Harian X