Isnin, 15 Mei 2017 | 12:10am
SAMSUL bersama anak ayam yang di tetaskan dengan menggunakan mesin incubator di ladang terletak di Kampung Permatang Pasir. - Foto Mohd Rafi Mamat
SAMSUL bersama anak ayam yang di tetaskan dengan menggunakan mesin incubator di ladang terletak di Kampung Permatang Pasir. - Foto Mohd Rafi Mamat
PENTERNAK ayam ratu, Samsul Azwan Mohd Soaud, muncul juara pertandingan ayam ratu di Terengganu. - Foto Mohd Rafi Mamat
PENTERNAK ayam ratu, Samsul Azwan Mohd Soaud, muncul juara pertandingan ayam ratu di Terengganu. - Foto Mohd Rafi Mamat

Baka ayam ratu RM200 seekor

PEKAN: Bermula hanya sekadar hobi dengan memiliki sepasang ayam ratu baka Leung Hang Khao (LHK) berusia dua bulan yang dibeli dengan harga RM1,000, kini projek diusahakan berkembang sehingga kini muncul sebagai pembekal utama ayam jenis itu di negara ini.

Beroperasi di kawasan ladang seluar 0.4 hektar di Kampung Permatang Pasir, di sini, kini Samsul Azwan Mohd Soaud, 36, memiliki lebih 250 ayam ratu membabitkan empat jenis baka iaitu LHK, Super Green, Kai Dang dan Thaothong Hang Khao (THK) yang semuanya berasal dari Thailand.

Katanya, permintaan terhadap ayam ratu begitu menggalakkan kerana kecantikan serta keunikan corak warna pada bulu haiwan itu membuatkan ia terus diminati.

SAMSUL (kanan) bersama pembeli yang ke diladangnya di Kampung Permatang Pasir. - Foto Mohd Rafi Mamat
SAMSUL (kanan) bersama pembeli yang ke diladangnya di Kampung Permatang Pasir. - Foto Mohd Rafi Mamat

"Setiap baka atau jenis ayam ratu mempunyai warna, saiz, bentuk badan serta pelbagai keistimewaan tersendiri. Hanya individu tertentu saja dapat menilai kelebihan ayam berkenaan dengan status selaku juara pertandingan akan melonjakkan lagi 'imej' ayam terbabit," katanya kepada BH.

Samsul Azwan berkata, permintaan yang amat menggalakkan terhadap ayam ratu terutama di pantai timur memberinya peluang terbabit dalam industri menghasilkan telur, benih dan ayam dewasa sejak lebih dua tahun lalu.

"Setiap bulan saya mampu menghasilkan 20 hingga 30 ekor anak ayam pelbagai baka dengan menggunakan empat unit alat pengeram atau inkubator. Hanya anak ayam mencapai usia sebulan saja dijual dengan harga RM100 hingga RM200 bergantung kepada baka dan gred.

"Ayam yang berusia tiga bulan hingga 13 bulan iaitu usia matang dijual antara RM300 hingga RM6,000 seekor mengikut baka dan gred... kebiasaannya peminat akan datang ke ladang untuk memilih sendiri ayam yang diminati," kata bapa kepada enam cahaya mata itu.

 SAMSUL bersama ayam ratu baka Leung Hang Khao (LHK) di ladangnya di Kampung Permatang Pasir.- Foto Mohd Rafi Mamat
SAMSUL bersama ayam ratu baka Leung Hang Khao (LHK) di ladangnya di Kampung Permatang Pasir.- Foto Mohd Rafi Mamat

Beliau berkata, modal untuk mengusahakan perusahaan itu agak besar terutama bagi mendapatkan baka terbaik dari Thailand dengan kos makanan dan ubat juga tinggi namun tidak dinafikan keuntungannya juga lumayan.

Katanya, dia kini mempunyai 20 induk jantan dan betina membabitkan empat baka iaitu LHK, Super Green, Kai Dang dan THK yang ditempatkan dalam kurungan khas dengan setiap bulan induk betina mengeluarkan telur secara berterusan.

"Setiap bulan saya membelanjakan lebih RM2,000 untuk menyediakan lima jenis makanan, ayam ratu memerlukan makanan yang cukup bagi memastikan pembesaran dan pertumbuhan bulu yang cepat dan menarik.

"Bagi menjaga kesihatan selain menghasilkan warna bulu lebih menarik enam jenis ubat dan vitamin diberikan kepada ayam ratu bermula di peringkat anak hingga dewasa, perhatian perlu sentiasa diberikan kepada ternakan bagi mengelak sebarang kemungkinan .

SEBAHAGIAN ayam ratu milik Samsul Azwan Mohd Soaud, 36, yang diternak di ladang miliknya di Kampung Permatang Pasir. - Foto Mohd Rafi Mamat
SEBAHAGIAN ayam ratu milik Samsul Azwan Mohd Soaud, 36, yang diternak di ladang miliknya di Kampung Permatang Pasir. - Foto Mohd Rafi Mamat

"Induk jantan ayam ratu yang sedia untuk menyertai pertandingan dalam pelbagai kategori perlu dibelai setiap hari bagi memastikan ia jinak, di peringkat ini penjagaan bulu dan kebersihan perlu diberikan perhatian," katanya yang turut menyertai beberapa pertandingan sebelum ini 

Dia yang baru membeli seekor ayam ratu baka LHK menjuarai satu pertandingan di Thailand bulan lalu dengan harga lebih RM7,000 berkata, peminat ayam ratu terdiri daripada semua peringkat usia dan taraf hidup dengan tujuan sebagai hobi atau menyertai pertandingan.

"Saya menjual ayam ratu dengan meminta pembeli datang terus ke ladang dan memilih ayam diminati, bagi yang tidak dapat berbuat demikian perkhidmatan penghantaran disediakan membabitkan telur dan ayam.

SAMSUL bersama anak ayam yang di tetaskan dengan menggunakan mesin incubator di ladang terletak di Kampung Permatang Pasir. - Foto Mohd Rafi Mamat
SAMSUL bersama anak ayam yang di tetaskan dengan menggunakan mesin incubator di ladang terletak di Kampung Permatang Pasir. - Foto Mohd Rafi Mamat

"Peluang memilih sendiri ayam diminati membuatkan peminat ayam ratu dari Terengganu, Perak, Melaka, Terengganu, Kelantan, Johor dan Selangor selalu berkunjung ke ladang saya pada hujung minggu. 

"Mereka menghabiskan masa beberapa jam bagi memilih ayam diminati sambil bertukar pendapat dan mempelajari cara terbaik menjaga unggas yang dianggap unik serta istimewa itu," katanya.  

Beliau bercadang membesarkan lagi ladang ternakan, selain menambahkan jumlah induk pelbagai baka sebagai usaha menghasilkan lebih banyak anak ayam setiap bulan bagi menampung permintaan yang semakin bertambah.

"Peminat ayam ratu sanggup mengeluarkan belanja besar bagi mendapat ayam diminati untuk menyertai pertandingan selain hanya sebagai hobi," katanya yang mendapat sokongan keluarga.

ANAK ayam ratu di ladang terletak di Kampung Permatang Pasir. - Foto Mohd Rafi Mamat
ANAK ayam ratu di ladang terletak di Kampung Permatang Pasir. - Foto Mohd Rafi Mamat

INFO

  • Terdapat empat jenis baka ayam ratu
  • Dijual antara RM300 hingga RM6,000 seekor mengikut baka dan gred.
  • Ayam ratu berkualiti tinggi banyak terdapat di Thailand
  • Ramai peminat ayam ratu di Pantai Timur. 

TAMAT

Berita Harian X