Jumaat, 12 Mei 2017 | 12:05am
KEHADIRAN Mercy Malaysia amat dihargai di Kem Pelarian di Lembah Bekaa di Lubnan yang terletak dekat sempadan Syria. - Foto Ihsan FB Mercy Malaysia
KEHADIRAN Mercy Malaysia amat dihargai di Kem Pelarian di Lembah Bekaa di Lubnan yang terletak dekat sempadan Syria. - Foto Ihsan FB Mercy Malaysia
POSTER Kempen Ramadan Mercy Malaysia Untuk Membantu Pelarian Syria di Lembah Bekaa, Syria.
POSTER Kempen Ramadan Mercy Malaysia Untuk Membantu Pelarian Syria di Lembah Bekaa, Syria.
PRESIDEN MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus. - Foto Rosela Ismail
PRESIDEN MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus. - Foto Rosela Ismail

1,000 kotak makanan untuk pelarian Syria di Yarmouk

KUALA LUMPUR: Mercy Malaysia akan menyalurkan sekurang-kurangnya 1,000 kotak bekalan makanan kepada 1,000 keluarga pelarian di Kem Yarmouk di Damsyik, Syria, dalam projek terkininya di wilayah konflik itu.

Kotak makanan yang antara lain mengandungi bekalan tepung, minyak dan makanan kering itu akan disalurkan sukarelawan yang akan digerakkan ke Lubnan bermula Ahad ini selain pasukan kedua ke Turki minggu depan.

Kira-kira 10 petugas dan sukarelawan akan digerakkan dalam misi kemanusiaan itu yang dijadualkan masuk ke Damsyik dan Idlib di Syria, masing-masing melalui Lembah Bekaa (Lubnan) dan Hatay serta Reyhanli (Turki).

Pasukan sukarelawan ke Turki akan diketuai Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus manakala pasukan ke Lubnan akan diketuai Pengarah Program Strategik Mercy Malaysia, Norazam Ab Samah.

Dr Ahmad Faizal berkata, Mercy Malaysia meningkatkan tahap kesiapsiagaannya dengan rakan kerjasama di Lubnan, Turki dan Syria selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara di negara itu pada bulan lalu.

SUKARELAWAN Mercy Malaysia memberi khidmat perubatan di klinik dan hospital di beberapa kawasan dekat sempadan Turki dan Syria. - Foto Ihsan FB Mercy Malaysia
SUKARELAWAN Mercy Malaysia memberi khidmat perubatan di klinik dan hospital di beberapa kawasan dekat sempadan Turki dan Syria. - Foto Ihsan FB Mercy Malaysia

Katanya, misi kemanusiaan yang meliputi program perubatan, bantuan makanan, rehabilitasi fizikal, program psikososial kanak-kanak dan dewasa serta pembangunan kapasiti dijalankan mengikut keperluan semasa di Syria.

"Ada keperluan mendesak untuk membantu pelarian. Serangan senjata kimia dan senjata konvensional yang didakwa didalangi tentera rejim dan Russia menyebabkan kemalangan jiwa. Memang berlaku peningkatan pelarian.

"Kita tak berpihak (menyampaikan bantuan). Kita hantar bantuan melalui Damsyik dan kawasan dikuasai kumpulan pembangkang. Kita antara NGO antarabangsa yang beroperasi di kedua-dua kawasan," katanya kepada BH Plus.

Mercy Malaysia mula menjalankan misi kemanusiaan untuk membantu pelarian di Syria sejak lewat 2011 melalui Jordan sebelum mengalihkan pusat operasinya ke Turki pada lewat 2013 berikutan keperluan mendesak di Aleppo.

MERCY Malaysia mengadakan program perubatan di klinik dan hospital di beberapa kawasan dekat sempadan Turki dan Syria. - Foto Ihsan FB Mercy Malaysia
MERCY Malaysia mengadakan program perubatan di klinik dan hospital di beberapa kawasan dekat sempadan Turki dan Syria. - Foto Ihsan FB Mercy Malaysia

Ia mula memasuki Damsyik melalui Lembah Bekaa, Lubnan, hujung 2014 dan sejak Disember tahun lalu menghantar dua pasukan sukarelawan bersama bantuan ubat-ubatan dan makanan ke wilayah Idlib yang terjejas teruk.

Dr Ahmad Faizal berkata, di Lembah Bekaa ada 100,000 pelarian Syria dan kita hantar bantuan ubat-ubatan ke empat klinik di kem pelarian dan kawasan penempatan pelarian yang memanfaatkan sekurang-kurangnya 15,000 pelarian.

Katanya, Mercy Malaysia mengekalkan pendirian tidak berpihak dalam isu Syria dan itu menerangkan kenapa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kebajikan Syria memintanya membantu pelarian dalaman di Syria.

"Kita guna pendekatan sama di Myanmar, kekal dengan posisi ini (non-political). Kita harap dengan cara ini akan membantu kelompok terjejas dengan semaksimum mungkin," katanya yang pernah memasuki Aleppo sebelum ini.

Sehingga tahun lalu, Mercy Malaysia menjalankan puluhan projek kemanusiaan di dalam dan luar Syria yang bernilai RM6 juta sejak 2011 dengan dana sumbangan rakyat Malaysia, korporat dan penyumbang Asia Barat.

PROGRAM Mercy Malaysia di Kem Pelarian di Lembah Bekaa di Lubnan yang terletak dekat sempadan Syria. - Foto Ihsan FB Mercy Malaysia
PROGRAM Mercy Malaysia di Kem Pelarian di Lembah Bekaa di Lubnan yang terletak dekat sempadan Syria. - Foto Ihsan FB Mercy Malaysia

INFO

  • 15,000 pelarian Syria di Lembah Bekaa terima manfaat di Lubnan.
  • 1,000 kotak bekalan makanan akan dihantar ke Kem Yarmouk minggu depan.
  • RM6 juta dibelanjakan Mercy Malaysia sejak 2011 bagi bantu pelarian dalam dan luar Syria.
Berita Harian X