Selasa, 2 Mei 2017 | 12:13am
Tiga penjelajah Kutub Utara termasuk Presiden Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B), Muhammad Muqharabbin Mokhtarruddin bersama Shahrom Abdullah dan Muhammad Irwan Yusof Abdullah bergerak menuju ke titik 90 darjah dan selamat tiba pada jam 5.06 petang (waktu tempatan) sekaligus menamatkan misi penjelajahan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017. - Foto Ihsan Ke7b

TIGA penjelajah Kutub Utara termasuk Presiden Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B), Muhammad Muqharabbin Mokhtarruddin bersama Shahrom Abdullah dan Muhammad Irwan Yusof Abdullah bergerak menuju ke titik 90 darjah dan selamat tiba pada jam 5.06 petang (waktu tempatan) sekaligus menamatkan misi penjelajahan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017. - Foto Ihsan Ke7b

TIGA penjelajah KE7B Kutub Utara 2017, Shahrom Abdullah, Muhammad Muqharabbin Mokhtarruddin dan Muhammad Irwan Yusof Abdullah menerima sijil Ekspedisi Kutub Utara dari POLAR EXPLORERS di Longyerbyen Norway. - Foto Ihsan Ke7b

Destinasi mimpi jadi realiti - Qobin

KUALA LUMPUR: "Sepanjang berada di dalam helikopter, saya mengelamun memikirkan betapa sejuknya Kutub Utara kerana suhu ketika itu mencatatkan antara -30 Celsius hingga -40 Celsius.

"Mampukah kami mengharunginya apabila melihat rekahan demi rekahan yang tidak bertepian, menarik beban berat untuk menghadapi 12 hari yang akan datang, tanpa peta yang kekal dan berski dengan hanya mengharapkan Sistem Pengesan Kedudukan Global (GPS) sebagai penunjuk jalan menuju titik bumi paling atas, milik Allah".

Demikian cerita penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, 35, mengenai perasaannya ketika berada di atas helikopter, sebelum beliau bersama Shahrom Abdullah, 38, serta Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37, tiba di Stesen Barneo, bagi memulakan jelajah menuju ke Titik 90 Darjah Kutub Utara.

Qobin berkata, selepas hampir 40 minit penerbangan, akhirnya helikopter mendarat di tempat dituju dan tanpa alasan, sebaik semua barang ekspedisi, ski serta peralatan diturunkan, tiga minit kemudian, helikopter yang dinaiki sebelum itu terus hilang dari pandangan.

"Ketika itu, tinggallah kami berenam merancang sebuah impian penjelajahan, mencari titik 90 darjah Kutub Utara yang menjadi idaman setiap insan," katanya sambil menambah selain beliau, Shahrom dan Irwan, tiga individu lain yang berada dalam helikopter itu ialah jurupandu Mistopher Chris dan Taylor Sweitzer dari Amerika Syarikat dan seorang penjelajah dari Kanada, Dexter.

MUHAMMAD Muqharabbin bersama Shahrom Abdullah dan Muhammad Irwan Yusof Abdullah bergerak menuju ke titik 90 darjah dan selamat tiba pada jam 5.06 petang (waktu tempatan) sekaligus menamatkan misi penjelajahan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017. - Foto Ihsan Ke7b

QOBIN bersama rakan dalam helikopter ketika penerbangan ke Stesen Barneo. - Foto NSTP
QOBIN bersama rakan dalam helikopter ketika penerbangan ke Stesen Barneo. - Foto NSTP

Walaupun mengharungi pelbagai rintangan, Qobin yang bertindak selaku ketua ekspedisi Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) Rentas Kutub Utara 2017 bersama Shahrom dan Muhammad Irwan melakar sejarah apabila menamatkan misi lima hari lebih awal berbanding jadual asal, jam 5.06 petang, waktu tempatan (jam 11.06 malam, waktu Malaysia), pada 20 April lalu.

Lebih manis, kejayaan menamatkan penjelajahan itu adalah hadiah cukup bermakna buat Qobin yang menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-35, pada 20 April.

Berdasarkan perancangan, Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017 membabitkan penjelajahan berski dengan menarik beban kereta luncur salji (sledge) sejauh 111 kilometer (km) yang mengambil masa 11 hari bermula dari Stesen Barneo ke Titik 90 Darjah Kutub Utara.

Kumpulan penjelajah Malaysia itu berlepas ke Oslo, Norway pada 4 April lalu, dan berada di Longyearbyen, Svalbard, Norway selama seminggu bersama pasukan sokongan diketuai penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof, selain beberapa wakil media dari TV3 dan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP).

Ketiga-tiga penjelajah kemudian memulakan misi berski dari Stesen Barneo di Kutub Utara ke Titik 90 Darjah itu pada 14 April lalu.

Qobin berkata, beliau meneruskan misi ke Kutub Utara, sebuah destinasi yang pada asalnya hanya untuk menjadi penganjur.

MUHAMMAD Muqharabbin (kiri) bersama Shahrom (dua dari kanan) dan Muhammad Irwan (kanan) meraikan kejayaan selepas selamat tiba ke titik 90 darjah Kutub Utara sekaligus menamatkan misi penjelajahan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017. - Foto Ihsan Ke7b

QOBIN menurunkan peralatan sebaik tiba di Stesen Barneo. - Foto NSTP
QOBIN menurunkan peralatan sebaik tiba di Stesen Barneo. - Foto NSTP

Bagaimanapun, katanya, atas desakan penasihat dan rakan, beliau terselit bersama Shahrom dan Muhammad Irwan dalam menjayakan misi berkenaan.

"Bermula dari Longyearbyen pada 7 April lalu dan menjalani latihan sehingga 10 April, akhirnya terpahat sebuah keyakinan untuk meneruskan misi Grand Slam yang diikutkan hati, tak ingin saya habiskan. Takdir Allah menentukan sebuah perjalanan hidup manusia.

"Kira-kira jam 5 petang, 14 April, kami diterbangkan dengan pesawat Antonov-74 pesawat kendalian Russia dari Longyearbyen menuju ke Stesen Barneo yang menempatkan sebuah landasan, khemah sementara buat operator Barneo, penjelajah, pelawat, pengunjung, pengkaji, saintis dan pengendali ekspedisi," katanya.

Selepas dua jam 30 minit penerbangan, akhirnya Qobin dan penjelajah selamat tiba di Stesen Barneo, sebuah penempatan 'bunian' yang hanya beroperasi tidak sampai sebulan.

Katanya, sebaik sampai dan sejam menunggu urusan helikopter, beliau dan rakan terus membawa peralatan serta barangan ke helikopter, sebelum diterbangkan ke titik 89 darjah iaitu 100km ke 110km menuju ke 90 darjah Kutub Utara.

MUHAMMAD Muqharabbin menunjukan bacaan GPS yang menandakan kedudukan pada titik 90 Darjah Kutub Utara sebaik tiba di Kutub Utara sekaligus menamatkan misi penjelajahan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017. - Foto Ihsan Ke7b

INFO

Puncak gunung tertinggi di tujuh benua yang ditawan Qobin:

  • Everest 2004 (Asia)
  • Kosciousko 2005 (Australasia)
  • Kilimanjaro 2010 (Afrika)
  • Aconcagua 2010 (Amerika Selatan)
  • Mc Kinley 2011 (Amerika Utara)
  • Vinson Massif 2011-2012 (Antarctica)
  • Elbrus 2012 (Eropah)
  • Carsten Pyramid 2014 (Australasia)

Berita Harian X