Selasa, 4 April 2017 | 12:07am

Abadikan elemen kreatif

REKAAN beg Braun Buffel sesuai untuk golongan lelaki.
REKAAN beg Braun Buffel sesuai untuk golongan lelaki.

MEXICO negara unik, penuh inspirasi, warna dan kaya dari perspektif budaya. Ironinya dari zaman purba, negara itu menggamit tumpuan, merentasi sempadan dan memberi gambaran kepelbagaian.

Melihat warisan tidak ternilai ini, Braun Buffel, jenama popular dari Jerman, menginspirasikan keunikan Mexico bagi menterjemahkan koleksi musim bunga dan panasnya.

Mengambil ilham runtuhan lama Mesoamerika, cetusan dua musim ini mengetengahkan rona terang, keindahan suasana subur hutan, lukisan berteraskan ketenangan laut membiru daripada inspirasi berbeza.

Garapan dua musim ini, sekali gus memberi penghormatan warisan budaya dan landskap Mexico lalu mempamerkan palet rona terang, cetakan corak tradisional, warna dan bentuk asli.

Koleksi baharu itu diperlihatkan kali pertama di The Refinary di Singapura, baru-baru ini.

Ilham Mexico

ANTARA koleksi beg tangan jenama Braun Buffel.
ANTARA koleksi beg tangan jenama Braun Buffel.

Koleksi mengabadikan kilauan rona terang, variasi warna yang mempengaruhi seni budaya dan cetusan pelukis, Frida Kahlo, sekali gus memperlihatkan keunggulan beg tangan yang digayakan wanita moden.

Ia turut menggabungkan keaslian dan estetika moden yang menyuntik cita rasa glamor, anggun dan kehangatan musim panas di atas coretan kanvas.

Koleksi itu turut mengetengahkan keunggulan Braun Buffel ikonik reka bentuk jiwa muda, di samping kehalusan seni pembuatannya. Ia diperincikan variasi warna oren tomato, langit biru, hutan hijau, merah bak biji saga, kuning pinang masak dan ilham warna mengujakan yang menarik perhatian.

Kemasan, reka bentuk menarik

BEG Braun Buffel diperbuat daripada kulit lembu.
BEG Braun Buffel diperbuat daripada kulit lembu.

Bagai satu tradisi, beg dengan bentuk berbucu diberi kemasan flap depan dengan ilham seni bina kolonial Mexico, dapat dilihat daripada variasi beg tangan, tote, beg galas, dompet, bekas syiling, beg komputer riba yang menampilkan rekaan unik dan berkotak serta separa bulat.

Beg daripada material kulit lembu ini ringkas di luar tetapi menyediakan banyak ruangan di bahagian dalam. Malah, ia turut mengetengahkan falsafah ikonik The House yang memperlihatkan, Braun Buffel mengutamakan mutu kerja dan penuh ciri fesyen.

Rekaan rumit, hipnotis

BRAUN Buffel mengutamakan mutu kerja dan penuh ciri fesyen.
BRAUN Buffel mengutamakan mutu kerja dan penuh ciri fesyen.

Pengurus Besar Braun Buffel (Asia Pasifik), Audrey Liew, berkata rekaan koleksi musim bunga dan musim panas, mengabadikan elemen kreatif, ringkas dan bermutu.

"Misalnya, rekaan rumit dan hipnotis, Braun Buffel memperincikan elemen The Buffy and Bully, iaitu kepelbagaian imaginasi karektor aneh tarian tradisional JarabeTapatio, selain refleksi riang budaya kota metropolitan.

"Terdapat juga warna blok China Poblana yang dipadankan kasut bertumit rendah dan menyerlahkan gaya wanita ranggi," katanya.

Simbol cinta wanita Mexico

BRAUN Buffel ikonik reka bentuk jiwa muda.
BRAUN Buffel ikonik reka bentuk jiwa muda.

Irene berkata, karektor wanita Mexico yang sering menggayakan bunga sebagai aksesori pada rambut, Buffy adalah ilham simbol cinta dan kecantikan, menerusi anting-anting besar.

"Justeru, banyak rekaan yang mempunyai pilihan gaya beg silang, tali pendek atau panjang, sesuai digayakan pada majlis santai, rasmi atau makan malam. Rekaan Acapulco misalnya, iaitu beg tangan untuk wanita didatangkan dalam tiga bentuk menonjolkan ciri seni pembuatan halus berorientasikan cetakan kulit lembu," katanya.

Begitu juga warna terang dan suntikan fantasi, menyerlahkan daya penarik musim panas serta memberi inspirasi kecantikan dan memaparkan kehalusan seni tanpa menjejaskan kegunaan khusus beg tangan berkenaan.

INFO

Braun Buffel;

  • Jenama diasaskan di Jerman.
  • Ia mula diperkenalkan pada tahun 1887.
  • Koleksi terkini untuk wanita; Chiapas, Acapulco, Delia- A, Frida, Hiupil, Merida, Oaxaca, Ophelia- H, Ris dan Taxco.
  • Koleksi terkini untuk lelaki; Cabo, Chucho, Homme-B, Leons, Playa dan Rufino, Navajo and Chica.
Berita Harian X