Rabu, 29 March 2017 | 12:01am
JANNA tidak melihat ruang mencipta keserasian dengan pelakon gandingan sehingga perlu bercinta atau berlebih-lebihan. - Foto Munira Abdul Ghani
JANNA tidak melihat ruang mencipta keserasian dengan pelakon gandingan sehingga perlu bercinta atau berlebih-lebihan. - Foto Munira Abdul Ghani

Janna tiada masalah berlakon dengan suami orang

PELAKON sensasi, Janna Nick, tidak syak antara bintang yang menjadi perhatian produser drama ketika ini.

Sejak namanya meledak menerusi drama Syurga Nur dan Kau Aku Kita, kira-kira dua tahun lalu, bakat berusia 22 tahun ini bagai tidak menang tangan memenuhi pelbagai undangan berlakon.

Sejak akhir-akhir ini pula, banyak drama lakonannya menyaksikan beliau digandingkan bersama aktor yang sudah pun berkahwin.

Baru-baru ini, Janna membintangi telefilem, Menantu Material, arahan Thumb Suhaimi di sisi Nazim Othman, suami Bella Dally.

Pada masa sama, gadis kelahiran Sungai Petani ini dalam proses melunaskan penggambaran drama 60 episod, Dia, bagi slot Akasia TV3, bergandingan dengan bintang Indonesia, Irwansyah.

Pelakon dan pelakon dari seberang itu juga sudah mendirikan rumah tangga.

PELAKON, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner. - Foto Munira Abdul Ghani

SEBAGAI pelakon, Janna tidak boleh melanggar prinsip yang dipegang pelakon gandingannya.
SEBAGAI pelakon, Janna tidak boleh melanggar prinsip yang dipegang pelakon gandingannya.

Namun begitu, pelakon ini tidak menjadikan faktor status rakan gandingannya sebagai halangan untuk mencipta keserasian di lokasi.

Meskipun begitu, prinsip dipegang teman lakonannya juga tidak pernah diperkecil, ketika masing-masing berusaha memberikan lakonan terbaik.

"Saya tidak melihat ruang mencipta keserasian dengan pelakon gandingan sampai perlu bercinta atau berlebih-lebihan.

"Bagi saya, keserasian boleh diwujudkan dengan bersembang sebelum memasuki lokasi.

"Jika ada yang lebih senior, saya akan jadi macam abang dan adik, atau sebagai kawan. Kebiasaannya, saya dan hero saya dalam sesebuah drama akan jadi rapat macam kawan baik.

"Kalau pelakon itu sudah berkahwin pun, ia bukanlah masalah. Kebanyakan hero saya untuk slot drama panjang memang sudah bernikah. Contohnya macam Ashraf Muslim (Biar Aku Jadi Penunggu), Shukri Yahaya (Suami Tanpa Cinta) dan terbaru, Irwansyah (Dia).

JANNA tidak melihat ruang mencipta keserasian dengan pelakon gandingan sehingga perlu bercinta atau berlebih-lebihan.
JANNA tidak melihat ruang mencipta keserasian dengan pelakon gandingan sehingga perlu bercinta atau berlebih-lebihan.

JANNA tidak menjadikan faktor status rakan gandingannya sebagai halangan untuk mencipta keserasian di lokasi. - Foto Munira Abdul Ghani
JANNA tidak menjadikan faktor status rakan gandingannya sebagai halangan untuk mencipta keserasian di lokasi. - Foto Munira Abdul Ghani

"Sebelum ini juga, saya pernah berlakon dengan Saharul Ridzwan ketika dia masih solo, hinggalah dia kahwin. Saya juga sudah mengenali Nazim agak lama.

"Cuma, peluang untuk kami bekerjasama hadir selepas dia berkahwin," kata Janna yang memberitahu, dirinya juga suka 'mengacau' rakan pelakon dan kru penggambaran, yang membantu mewujudkan suasana kekeluargaan di set penggambaran.

Lebih selesa berterus-terang dan menjadi dirinya sendiri apabila berada di lokasi, pelakon berbakat ini mengaku beliau akan bertanya pada teman gandingannya terlebih dulu sama ada mereka boleh bersentuhan atau sebaliknya ketika melakonkan sesuatu babak yang menunjukkan kemesraan.

"Setakat ini, alhamdulillah, saya tiada masalah untuk mencipta keserasian. Tak kiralah sama ada pelakon gandingan saya sudah berkahwin atau belum, saya akan tanya sama ada kami boleh bersentuh tangan atau tidak, sebagai contohnya.

"Saya tahu, setiap artis ada prinsip sendiri. Jadi, sebagai pelakon, saya tidak boleh melanggar prinsip yang dipegang pelakon gandingan saya itu. Saya kena hormati pendiriannya.

JANNA lebih selesa berterus-terang dan menjadi dirinya sendiri apabila berada di lokasi.
JANNA lebih selesa berterus-terang dan menjadi dirinya sendiri apabila berada di lokasi.

"Status pelakon gandingan saya yang sudah berkahwin juga bukanlah kekangan untuk menampakkan keserasian ketika berlakon. Dalam hal ini, saya kena tengok dulu perwatakan dan prinsip pelakon itu," katanya kepada BH.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, berkata sebahagian pelakon yang sudah mendirikan rumah tangga tetap berfikiran terbuka dan peramah.

"Tetapi, kalau pelakon itu jenis yang tidak mahu berkawan, memang satu masalah. Mujur setakat ini semua hero saya memberikan kerjasama baik," katanya.

Bakal muncul dengan filem Kimchi Untuk Awak pada 30 Mac ini.
Bakal muncul dengan filem Kimchi Untuk Awak pada 30 Mac ini.

INFO

  • Janna Nick dilahirkan dengan nama Nurul Jannah Muner pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah.
  • Mula dikenali ramai selepas membintangi drama Syurga Nur dan Kau Aku Kita pada 2015.
  • Bakal muncul dengan filem Kimchi Untuk Awak pada 30 Mac ini.
Berita Harian X