
Kontinjen negara yang diketuai Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan pembawa Jalur Gemilang yang juga atlet tenpin boling, Muhammad Rafiq Ismail ketika memasuki perarakan masuk atlet pada upacara perasmian Sukan SEA Manila 2019 di Philipines Arena. - NSTP/Osman Adnan

Antara persembahan pada pembukaan Sukan SEA 2019 di Manila. - Foto AFP

Kontinjen Malaysia diketuai pembawa bendera, Rafiq Ismail bersama Ketua Kontinjen, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din serta 90 atlet Malaysia memasuki ruang utama pada majlis perasmian Sukan SEA 2019. - NSTP/Osman Adnan

Penari ketika persembahan pembukaan Sukan SEA 2019 di Manila. - Foto EPA

Pegawai dan atlet Brunei pada pembukaan Sukan SEA 2019. - Foto AFP

Kontinjen negara yang diketuai Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan pembawa Jalur Gemilang yang juga atlet tenpin boling, Muhammad Rafiq Ismail ketika memasuki perarakan masuk atlet pada upacara perasmian Sukan SEA Manila 2019 di Philipines Arena. - Foto BERNAMA

Pelbagai persembahan menarik dipertontonkan kepada orang ramai pada upacara perasmian Sukan SEA Manila 2019 di Philipines Arena. - Foto BERNAMA

Kontinjen negara memasuki perarakan masuk atlet pada upacara perasmian Sukan SEA Manila 2019. - Foto EPA

Barisan atlet legenda Filipina antaranya Lydia de vega (kiri) dan Akiko Thompson (dua dari kiri) diberi penghormatan membawa bendera temasya pada perasmian Sukan SEA 2019 di Philippine Arena. - NSTP/Osman Adnan

Pelbagai persembahan menarik dipertontonkan kepada orang ramai pada upacara perasmian Sukan SEA Manila 2019 di Philipines Arena. - Foto BERNAMA

Pelbagai persembahan menarik dipertontonkan kepada orang ramai pada upacara perasmian Sukan SEA Manila 2019 di Philipines Arena. - Foto BERNAMA

Atlet Malaysia, Loh Choon How ketika beraksi dalam acara akhir wushu taolu taijiquan pada Sukan SEA 2019 di Pusat dagangan Dunia (WTC) Manila. - NSTP/Osman Adnan

Atlet wushu negara, Loh Choon How menjadi penyumbang pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2019 selepas mendominasi acara taijiquan lelaki di Pusat Dagangan Dunia, Manila. - NSTP/Osman Adnan

Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din (tengah) meraikan kejayaan dua atlet wushu negara, Loh Choon How meraih pingat emas dalam acara wushu taolu taijiquan manakala Wong Weng Son mendapat pingat perak dalam acara taolu changquan pada Sukan SEA 2019 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Manila. - NSTP/Osman Adnan

Kontinjen Malaysia memberi tempoh 24 jam kepada Filipina selaku tuan rumah Sukan SEA 2019 untuk menukar segera Jalur Gemilang yang bakal digunakan ketika upacara penyampaian pingat. Amaran keras itu diberikan susulan kesilapan Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Filipina (PHISGOC) yang menggunakan bendera Malaysia yang salah pada majlis upacara penyampaian pingat emas kepada atlet wushu negara, Loh Choon How di Pusat Dagangan Dunia, Manila. Jalur kesembilan pada bendera yang digunakan tuan rumah dikesan berwarna putih sedangkan yang asal ia adalah berwarna merah. - NSTP/Osman Adnan

Aksi Sam Jee Lek dalam acara break dance pada temasya Sukan SEA 2019 di Clark City, Filipina. - NSTP/Aizuddin Saad

Kontinjen Malaysia meraih pingat emas kedua Sukan SEA 2019 apabila Sam Jee Lek memenangi acara break dance di Royce Hotel selepas mengetepikan empat pencabar lain dalam liga sepusingan. - NSTP/Aizuddin Saad

Atlet boling padang, Auni Fathiah Kamis beraksi pada pusingan kelayakan sempena Sukan SEA 2019 di Clark City, Filipina. - NSTP/Aizuddin Saad

Skuad polo negara cemerlang apabila memenangi pingat emas selepas menewaskan Filipina 7-5 1/2 dalam aksi final Sukan SEA 2019 di Padang Polo Inigo Zobel di Manila. Kejayaan itu nyata manis buat skuad negara apabila berjaya mempertahankan gelaran juara yang dimenangi pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Atlet luncur ais negara, Julian Yee meraikan kemenangan pingat emas dalam acara Luncur Ais Bebas Kategori Lelaki Senior Akhir pada Sukan SEA Manila 2019 di SM Mega Mall, Manila. Julian memenangi pingat emas selepas mencatat markah tertinggi 202.62. - NSTP/Osman Adnan

Skuad polo negara cemerlang apabila memenangi pingat emas selepas menewaskan Filipina 7-5 1/2 dalam aksi final Sukan SEA 2019 di Padang Polo Inigo Zobel. - Foto Osman Adnan

Skuad polo negara cemerlang apabila memenangi pingat emas selepas menewaskan Filipina 7-5 1/2 dalam aksi final Sukan SEA 2019 di Padang Polo Inigo Zobel. - Foto Osman Adnan

Skuad bola jaring negara mempertahankan pingat emas

Atlet Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi Farah Ann Abdul Hadi (kiri) memenangi emas manakala Tan Ing Yueh mmenangi gangsa dalam akhir acara final Òall roundÓ gimnastik artistik individu pada Sukan SEA Filipina 2019 di Rizal Memorial Coliseum. - Foto Osman Adnan

Atlet boling padang kebangsaan, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman beraksi menerusi acara four wanita lelaki selepas menewaskan skuad boling padang Filipina pada perlawanan boling padang sempena Sukan SEA 2019 Filipina di Clark City Friendship Gate, Filipina. - Foto Aizuddin Saad

Atlet boling padang lelaki, Mohammad Syamil Syazwan Ramli (kiri) bersama Mohamad Fairus Abd Jabal dan Izzat Shameer Dzulkeple (kanan) meraih pingat emas menerusi acara triples lelaki menentang skuad boling padang Filipina pada perlawanan boling padang sempena Sukan SEA 2019 Filipina di Clark City Friendship Gate, Filipina. - Foto Aizuddin Saad

Atlet boling padang negara, Nurul Alyani Jamil dan Emma Firyana Saroji menunjukkan pingat emas yang dimenangi selepas menewaskan Brunei pada acara berpasangan wanita sempena Sukan SEA Filipina di CDC Lot of Friendship Gate, New Clark City. - Foto BERNAMA

Perenang negara, Welson Sim meraih pingat perak bersama pemenang pingat emas dari Vietnam, Huy Hoang Nguyen dan pemenang pingat gangsa dari Indonesia, Aflah Fadlan Prawira untuk acara renang 400m gaya bebas pada Sukan SEA Filipina di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan New Clark City, Clark. - NSTP/Aizuddin Saad

Pemain Malaysia, Luqman Hakim (kanan) bersaing dengan pemain Kemboja, Keo Sokpheng pada aksi Sukan SEA 2019 di Stadium Memorial Rizal, Manila. Malaysia tewas 1-3. - NSTP/Osman Adnan

Gimnas Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi ketika beraksi dalam displin senaman lantai gimnastik artistik Sukan SEA 2019 di Coliseum Rizal Memorial. Farah berjaya Ann berjaya meraih pingat emas. - NSTP/Osman Adnan

Farah Ann Abdul Hadi diapit oleh ibu bapanya, Kimberly Ann (kiri) dan Abdul Hadi selepas berjaya meraih tiga pingat emas dalam acara gimnastik artistik Sukan SEA 2019 di Coliseum Rizal Memorial, Manila. - NSTP/Osman Adnan

Skuad petanque lelaki meraih pingat emas dalam acara triple sempena Sukan SEA 2019, di Clark City, Filipina. - NSTP/Aizuddin Saad

Atlet penerjun negara, Ooi Tze Liang (dua dari kanan) bersama Chew Yiwei meraih pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki dan Wendy Ng (kiri) dengan Jasmine Lai meraih pingat perak dalam acara terjun 3 meter papan anjal individu wanita sempena Sukan SEA 2019 di Pusat Akuatik Kompleks Sukan New Clark City, Clark. - NSTP/Aizuddin Saad

Kontinjen Malaysia diketuai CDM, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din serta pengurusan kanan dan pegawai OCM bergambar beramai bersama pasangan beregu, Moh Keen Hoo dan Lim Kok Leong selepas memenangi pingat emas acara beregu snuker Sukan SEA 2019, di Hotel Manila Tent berjaya mengatasi pasangan Filipina dengan kemenangan 3-1. - NSTP/Osman Adnan

Atlet Lompat Tinggi Negara Lee Hup Wei (kanan) dan Randhawa Nairaj Singh meraikan kejayaan mereka selepas memenangi pingat Emas dan Perak pada Acara Lompat Tinggi Lelaki sempena Sukan SEA Filipina 2019 di Stadium Athletics. Lee Hup Wei memenangi pingat Emas dengan jumlah 2.21 Meter. - Foto BERNAMA

Atlet terjun negara Ooi Tze Liang (kanan) bersama Chew Yiwei bersama pingat Emas yang dimenangi mereka dalam acara 3 Meter papan anjal seirama lelaki pada Sukan SEA Filipina 2019 setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto BERNAMA

Atlet pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi meraih pingat emas dalam acara 100 meter lelaki sempena Sukan SEA ke-30 Filipina 2019 di Stadium New Clark City, Clark. - Foto Aizuddin Saad

Atlet Olahraga Negara Muhammad Haiqal Hanafi (tiga,kanan) ketika beraksi pada Acara 100 Meter Lelaki Akhir sempena Kejohanan Sukan Sea Filipina 2019 di Athletics Stadium, New Clark City. Muhammad Haiqal Hanafi memenangi pingat Emas dengan catatan masa 10.35 saat. - Foto BERNAMA

Atlet taekwando negara, Nurul Hidayah Abdul Karim dan Jason Loo Jun Wei memenangi pingat Emas dalam acara 'recognized poomsae berpasangan campuran' pada Sukan SEA Manila 2019 di Rizal Memorial Sports Complex hari ini.Nurul Hidayah dan Jason Loo mengungguli pingat Emas dengan catatan 8.283 mata. - Foto BERNAMA

Atlet Malaysia, Izzah Amzan ((kanan) bersama Koi Sie Yen bersama pingat yang dimenangi mereka dalam acara Individu Akhir Gimrama Sukan SEA Filipina 2019 di Coliseum Memorial Rizal. Izzah merangkul 2 Emas, 1 Perak manakala Sie Yen mendapat pingat 1 Emas dan 1 Perak. - Foto Osman Adnan

Atlet penerjun negara, Wendy Ng (dua dari kiri) bersama Nur Dhabitah Sabri meraih pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita dan Ooi Tze Liang meraih pingat emas bersama Muhammad Syafiq Puteh (kanan) meraih pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal individu lelaki sempena Sukan SEA ke-30 Filipina 2019 di Pusat Akuatik Kompleks Sukan New Clark City, Clark. - Foto Aizuddin Saad

Atlet Malaysia, Izzah Amzan (kiri) bersama Koi Sie Yen berkongsi podium yang sama untuk memenangi pingat emas dalam displin ribbon acara Individu Akhir Gimrama Sukan SEA Filipina 2019 di Coliseum Memorial Rizal. Dalam displin tersebut, Izzah dan Koh Sie Yen berkongsi mata yang sama untuk merangkul pingat emas dan tiada pemenang bagi pingat perak. Turut kelihatan, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman (2, kanan), Ketua Kontinjen, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din (kanan) dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Datuk Seri Norza Zakaria (2, kiri). - Foto Osman Adnan

Atlet memanah negara, Zulfadhli Ruslan beraksi dalam acara memanah berpasukan lelaki compound sambil diperhatikan rakan sepasukan, M. Khambeswaran (kiri) dan Muhammad Juwaidi Mazuki sempena Sukan SEA ke-30 Filipina 2019 di Clark Parade Ground, Clark. Malaysia meraih pingat emas pertama Sukan SEA hari ini selepas menewaskan Vietnam pada aksi final compound berpasukan lelaki. - Foto Aizuddin Saad

Atlet lompat tinggi negara, Yap Sean Yee meraih pingat emas dan berkongsi tempat pertama dengan atlet Thailand, Boonwan Wanida (tengah) dalam acara lompat tinggi wanita sempena Sukan SEA ke-30 Filipina 2019 di Stadium Olahraga New Clark City, Clark. - Foto Aizuddin Saad

Bekas Ratu Skuash Negara, Datuk Nicol Ann David (bergambar) dengan Skuad lelaki dan perempuan berpasukan bersama pingat emas selepas berjaya mendominasi acara Skuash Sukan SEA Filipina 2019. - Foto Fadhli Ishak

Peserorangan perempuan Malaysia, S Kisona (tengah) bergambar para pemenang pingat yang telah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (2, kanan) bagi acara peseorangan wanita Badminton Sukan SEA Filipina 2019 di Komplek Sukan Muntilupa. - Foto Osman Adnan

Atlet E-Sports Malaysia, Muhammad Zarif Aiman (kiri) ketika beraksi menentang atlet Filipina, Laverez (kanan) dalam acara E-Sports kategori Tekken 7 pada Sukan SEA 2019 di Filoil Flying V Centre hari ini.
Muhammad Zarif Aiman tewas 1-3. - Foto BERNAMA

Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Megat Zulkarnain Omardin bersama Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Paduka Mumtaz Jaafar selepas menyampai pingat emas dalam acara lompat kijang lelaki kepada atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail sempena Sukan SEA ke-13 Filipina 2019 di Stadium Olahraga New City Clark, Clark. - Foto Aizuddin Saad

Atlet lempar cakera, Muhammad Irfan Shamshuddin meraih pingat emas dalam acara lempar cakera lelaki sempena Sukan SEA ke-13 Filipina 2019 di Stadium Olahraga New City Clark, Clark. - Foto Aizuddin Saad

Atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail beraksi dan meraih pingat emas dalam acara lompat kijang lelaki sempena Sukan SEA ke-13 Filipina 2019 di Stadium Olahraga New City Clark, Clark. - Foto Aizuddin Saad

Atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail meraih pingat emas dalam acara lompat kijang lelaki sempena Sukan SEA ke-13 Filipina 2019 di Stadium Olahraga New City Clark, Clark. - Foto Aizuddin Saad

Kontinjen negara berarak pada upacara penutupan rasmi Sukan SEA Ke-30 di Stadium Olahraga New Clark City malam ini.
Malaysia sekadar menamatkan kempen Sukan SEA 2019 dengan kutipan 56 emas, 58 perak dan 72 gangsa untuk berada di tangga kelima keseluruhan.
Vietnam akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2021. - Foto BERNAMA

Kontinjen negara berarak pada upacara penutupan rasmi Sukan SEA Ke-30 di Stadium Olahraga New Clark City. - Foto EUTERS

upacara penutupan rasmi Sukan SEA Ke-30 di Stadium Olahraga New Clark City. - Foto REUTERS

upacara penutupan rasmi Sukan SEA Ke-30 di Stadium Olahraga New Clark City. - Foto Aizuddin Saad