Isnin, 10 Julai 2017 | 3:17pm

Didenda miliki mercun, bunga api

KUALA LUMPUR: Dua sahabat masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan memiliki mercun dan bunga api tanpa kebenaran, bulan lalu.

Majistret Mahyudin Mohmad Som turut memerintahkan Muhammad Iqmal Budiman, 18, dan remaja berusia 17 tahun dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memiliki mercun dan bunga api di Jalan Selayang Baru, Pasar Borong Lama, di sini, pada jam 5.30 petang, 12 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Berita Harian X