Sabtu, 1 Julai 2017 | 2:14pm

Pemuda maut motosikal rempuh kenderaan JPJ

SEORANG pemuda, E Narandran, maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kilometer 364.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan malam tadi. - Foto Rosman Shamsudin

SLIM RIVER: Seorang pemuda maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kilometer 364.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa, E Narandran, 19, dari Taman Desa Bakti, Teluk Intan, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian, kenderaan pacuan empat roda JPJ jenis Ford itu sedang membantu sebuah van yang mengalami kerosakan dengan mengekorinya dari belakang supaya kenderaan dinaiki sebuah keluarga itu keluar melalui susur keluar Tol Slim River.

"Dipercayai secara tiba-tiba pemuda berkenaan yang menunggang motosikal Kriss 110cc datang arah belakang terus merempuh bahagian sebelah kanan belakang pacuan empat roda itu sebelum tercampak ke sebelah kanan dan dirempuh sebuah kereta," katanya di sini hari ini.

 Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Berita Harian X