Selasa, 27 Jun 2017 | 1:15pm
Keadaan kereta dinaiki lima mangsa yang remuk akibat terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Trolak, Perak, awal pagi tadi. - Foto ihsan PDRM dan Bomba
Keadaan kereta dinaiki lima mangsa yang remuk akibat terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Trolak, Perak, awal pagi tadi. - Foto ihsan PDRM dan Bomba

Kereta terbabas, 5 parah

SLIM RIVER: Lima parah termasuk seorang yang tercampak keluar dari kereta, selepas kenderaan dinaiki terbabas di Kilometer 96, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran simpang ke Trolak, Slim River, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang menaiki kereta Honda Civic berasal dari Langkap, Perak dan dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Mujibur Rahman Kamarudin, 21; Muhammad Hafiz Khairudin, 21; Marizwan Rahman Kamarudin, 21; M Hanafi Haiyerulizam, 19; dan Muhammad Nur Syafiq, 22; dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata kenderaan mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan dan terhenti di lorong kanan laluan bertentangan.

"Akibat kemalangan itu, seorang daripada mangsa tercampak keluar manakala empat lagi berada dalam kereta dengan dua daripadanya tersepit.

"Kereta dinaiki mangsa remuk manakala pintu penumpang kanan tercabut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X