Selasa, 6 Jun 2017 | 1:29am

Ribut landa Kuching

BOMBA membersihkan pokok tumbang di sepanjang Jalan Santubong akibat ribut petang tadi. - Foto Khairul Hamizy Ramlee
BOMBA membersihkan pokok tumbang di sepanjang Jalan Santubong akibat ribut petang tadi. - Foto Khairul Hamizy Ramlee

KUCHING : Ribut melanda beberapa kawasan di sini menjelang waktu berbuka puasa petang tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan beberapa khemah di bazar Ramadan di Metro City roboh dengan ada yang diterbangkan angin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Muhd Mirza Dzalmira Miraj berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.19 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

"Beberapa khemah roboh, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Ribut melanda hanya beberapa minit dengan disusuli hujan lebat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga menerima panggilan kecemasan apabila pokok tumbang di Jalan Santubong sehingga menghalang lalu lintas.

Berita Harian X