X
Jumaat, 26 Mei 2017 | 11:26am
ANTARA peralatan dan kelengkapan memasak dipercayai untuk memproses serta memasak daging penyu. - Foto ihsan PPM Semporna
ANTARA peralatan dan kelengkapan memasak dipercayai untuk memproses serta memasak daging penyu. - Foto ihsan PPM Semporna
SEBAHAGIAN ketulan daging dan organ disyaki daripada penyu yang dijemur di atas sangkar ikan di kawasan perairan Pulau Denawan, Semporna. - Foto ihsan PPM Semporna
SEBAHAGIAN ketulan daging dan organ disyaki daripada penyu yang dijemur di atas sangkar ikan di kawasan perairan Pulau Denawan, Semporna. - Foto ihsan PPM Semporna
PEMILIK sangkar ikan dan dua pekerjanya ditahan PPM Semporna kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menangkap dan membunuh penyu di kawasan perairan Pulau Denawan, Semporna. - Foto ihsan PPM Semporna
PEMILIK sangkar ikan dan dua pekerjanya ditahan PPM Semporna kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menangkap dan membunuh penyu di kawasan perairan Pulau Denawan, Semporna. - Foto ihsan PPM Semporna

Pemilik sangkar ikan disyaki tangkap, bunuh penyu

SEMPORNA: Pemilik sangkar ikan dan dua pekerjanya ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menangkap dan membunuh penyu di perairan Pulau Denawan, dekat sini.

Pemilik sangkar warga tempatan berusia 32 tahun serta pekerjanya warga Filipina berusia 16 tahun dan 20 tahun ditahan dalam operasi khas Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna, petang semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz, berkata ketika pemeriksaan, tiga suspek sedang melakukan aktiviti pemunggahan dalam keadaan mencurigakan dari sebuah perahu ke sangkar ikan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemui ketulan daging dan organ disyaki daripada penyu yang dijemur di atas sangkar ikan terbabit.

"Pemeriksaaan di kawasan sekitar pesisir serta belukar berhampiran turut menemui cengkerang, tulang penyu selain peralatan dan kelengkapan memasak dipercayai untuk memproses serta memasak daging penyu," katanya sebentar tadi.

Mohd Yazib berkata, semua suspek kini ditahan serta disiasat mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 serta kes dirujuk ke Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya.

Berita Harian X