Jumaat, 12 Mei 2017 | 12:56pm

Pekerja landskap dituduh rogol anak tiri

PEKERJA landskap taman didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, atas tuduhan merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun, pada Februari 2015 dan Mac lalu. - Foto Abdullah Yusof
PEKERJA landskap taman didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, atas tuduhan merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun, pada Februari 2015 dan Mac lalu. - Foto Abdullah Yusof

IPOH: Seorang pekerja landskap taman didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, atas tuduhan merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun, pada Februari 2015 dan Mac lalu. 

Tertuduh yang berusia 37 tahun dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Halaman Meru Damai pada Februari 2015 dan di sebuah rumah lain di Taman Bukit Meru, Mac lalu.   

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norashima Khalid. 

Norashima tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 13 Jun ini untuk sebutan semula kes. 

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chiang Mei Wan.

Berita Harian X