Khamis, 11 Mei 2017 | 2:00am

Porsche masuk longkang

SEORANG lelaki terselamat selepas kereta mewah jenis Porsche yang dipandunya terbabas di Jalan Batang Kali menghala Genting Highlands, lewat malam tadi. - Foto Ihsan Bomba
SEORANG lelaki terselamat selepas kereta mewah jenis Porsche yang dipandunya terbabas di Jalan Batang Kali menghala Genting Highlands, lewat malam tadi. - Foto Ihsan Bomba

HULU SELANGOR: Sebuah kereta mewah jenis Porsche terbabas ke dalam longkang di Jalan Batang Kali menghala Genting Highlands, dekat sini, lewat malam tadi.

Bagaimanapun, pemandunya berusia 45 tahun tidak cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 malam itu.

Kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki itu hilang kawalan ketika melalui jalan berkenaan dan terbabas sebelum kenderaannya itu terjunam ke dalam longkang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.45 malam sebelum menggerakkan sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi.

"Mangsa sudah pun dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba.

"Mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Berita Harian X