Rabu, 10 Mei 2017 | 9:33am
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Bandar Seri Jempol-Serting, malam tadi.
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Bandar Seri Jempol-Serting, malam tadi.

Polis maut kemalangan motosikal

KEMALANGAN maut membabitkan anggota polis di Kilometer 2, Jalan Bandar Seri Jempol-Serting Tengah, malam tadi.
KEMALANGAN maut membabitkan anggota polis di Kilometer 2, Jalan Bandar Seri Jempol-Serting Tengah, malam tadi.

BANDAR SERI JEMPOL: Seorang anggota polis maut manakala isterinya cedera parah selepas motosikal mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 2, Jalan Bandar Seri Jempol-Serting, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Koperal Hanafi Mohamed, 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata isteri mangsa yang juga suri rumah, Mazlyana Yassin, 40, patah kaki kanan dalam kejadian itu.

KEADAAN motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Bandar Seri Jempol-Serting, malam tadi.
KEADAAN motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Bandar Seri Jempol-Serting, malam tadi.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki dua beranak dari arah Bandar Seri Jempol bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa ketika sedang memotong.

"Ketika kejadian mangsa dan isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah Serting Tengah, tercampak lima meter dilaluannya akibat rempuhan itu," katanya di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, pemandu dan penumpang kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X