Sabtu, 15 April 2017 | 4:12pm
Mohd Rafshan Jani Mohmad Rafdzi
Mohd Rafshan Jani Mohmad Rafdzi

Polis maut kereta rempuh bukit

KEADAAN kereta dipandu Mohd Rafshanjani Mohmad Rafdzi yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 339.6, Lebuh Raya Pantai Timur2 LPT2, dekat Paka, tengah hari tadi. - Foto Rosli Ilham
KEADAAN kereta dipandu Mohd Rafshanjani Mohmad Rafdzi yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 339.6, Lebuh Raya Pantai Timur2 LPT2, dekat Paka, tengah hari tadi. - Foto Rosli Ilham

DUNGUN: Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh tebing bukit di Kilometer 339.6, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat Paka, kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Lans Koperal Mohd Rafshan Jani Mohmad Rafdzi, 33, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kereta Honda FD yang dipandu mangsa dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh bukit berhampiran.

Kejadian menyebabkan kereta mangsa terbalik.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Zulkifli Mohd Ali, berkata lima anggota dengan sebuah jentera dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat.

"Mangsa sudah meninggal dunia berikutan cedera parah di kepala dan tersepit di tempat duduk belakang.

"Kami mengambil masa kira-kira lima minit sebelum mangsa dapat dikeluarkan menerusi cermin belakang," katanya.

Zulkifli berkata,  jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Berita Harian X