Jumaat, 14 April 2017 | 10:28am

Maut dalam longkang

ANGGOTA bomba membawa keluar mayat penunggang motosikal yang terhumban ke dalam longkang di Kampung Melayu, Jalan Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar, Manjung, pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba membawa keluar mayat penunggang motosikal yang terhumban ke dalam longkang di Kampung Melayu, Jalan Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar, Manjung, pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

MANJUNG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Batu 16 Kampung Melayu, Jalan Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar di sini, jam 7.45 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar menerima panggilan pada jam 7.50 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota kemudian mendapati sebuah motosikal terbabas ke dalam longkang.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Berita Harian X