Sabtu, 11 March 2017 | 9:54am

Wanita maut digilis

SEORANG wanita maut selepas tercampak dan digilis kereta lain dalam kemalangan di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh, awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba
SEORANG wanita maut selepas tercampak dan digilis kereta lain dalam kemalangan di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh, awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

IPOH: Seorang wanita maut selepas tercampak dan digilis kereta lain dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sultan Iskandar di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.10 pagi itu, Khor Chow Yeen, 49, yang memandu kereta jenis Nissan Sunny maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang memandu kereta jenis Honda Civic tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata siasatan awal mendapati kereta Honda Civic dari arah Jalan Sultan Iskandar Shah ke Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab gagal dikawal dan merempuh kereta wanita itu yang keluar dari simpang.

"Akibat pelanggaran itu, wanita terbabit tercampak keluar dari kenderaannya dan jatuh di laluan kereta Honda Civic itu.

"Lelaki terbabit gagal mengelak sebelum menggilis mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Chang Keong berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KEMALANGAN membabitkan dua kenderaan di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh, awal pagi tadi. - Foto Effendy Rashid
KEMALANGAN membabitkan dua kenderaan di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh, awal pagi tadi. - Foto Effendy Rashid

Berita Harian X