Jumaat, 10 March 2017 | 8:12pm

3 budak lemas mandi sungai

TIGA kanak-kanak yang lemas ketika mandi di Sungai Inanam. - Foto Ihsan Bomba
TIGA kanak-kanak yang lemas ketika mandi di Sungai Inanam. - Foto Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Tiga kanak-kanak berumur 10 hingga 11 tahun lemas ketika mandi di Sungai Inanam, dekat Kampung Inanam Laut di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Haikal Faiz Abdullah dan Sharizal Azhar, masing-masing berumur 10 tahun serta Mohd Khairil Misani, 11, ditemui tidak sedarkan diri selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berkenaan.

Ketiga-tiga mangsa kemudian dilaporkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas, di sini.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, mengesahkan kejadian ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Sandreygo Salleh, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui mangsa pertama, Haikal Faiz pada jam 4.03 petang, diikuti Sharizal pada jam 4.14 petang dan Mohd Khairil pada jam 4.20 petang.

Berita Harian X