Isnin, 20 Februari 2017 | 7:53am
Keadaan kenderaan pacuan empat roda dinaiki enam orang termasuk anggota tentera yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 7 Jalan Merotai-Dumpas, Tawau. - Foto Ihsan IPD Tawau.
Keadaan kenderaan pacuan empat roda dinaiki enam orang termasuk anggota tentera yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 7 Jalan Merotai-Dumpas, Tawau. - Foto Ihsan IPD Tawau.

2 mati kenderaan terbalik, terhumban ke gaung

Keadaan kenderaan pacuan empat roda dinaiki enam orang termasuk anggota tentera yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 7 Jalan Merotai-Dumpas, Tawau. - Foto Ihsan IPD Tawau.
Keadaan kenderaan pacuan empat roda dinaiki enam orang termasuk anggota tentera yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 7 Jalan Merotai-Dumpas, Tawau. - Foto Ihsan IPD Tawau.

TAWAU: Seorang anggota tentera dan seorang wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik lalu terhumban ke dalam gaung di Kilometer 7 Jalan Merotai-Dumpas, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, Yusop Yaris, 44, dari Markas Angkatan Bersama (ATB) Kem Kukusan, di sini, maut di tempat kejadian manakala penumpang bahagian belakang, Morni Sirat, 57, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata kenderaan terbabit dipercayai dalam perjalanan menghala ke bandar Tawau dengan membawa lima penumpang termasuk seorang budak berusia tiga tahun.

"Siasatan awal mendapati pacuan empat roda berkenaan hilang kawalan sebaik tiba di lokasi menyebabkannya terbabas ke sebelah kanan jalan lalu terbalik sebelum jatuh ke dalam gaung.

"Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa tercampak daripada kenderaan, manakala empat lagi tidak mengalami sebarang kecederaan, " katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Fadil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X