Jumaat, 3 Februari 2017 | 11:30am
ANGGOTA polis unit forensik menjalankan siasatan di lokasi seorang lelaki warga asing yang belum dikenal pasti identiti, selepas ditemui mati dengan kesan kecederaan dipercayai tikaman menggunakan pisau di tempat letak kenderaan sebuah rumah teres setingkat di Taman Seri Krubong, Krubong, Melaka. Polis turut menerima maklumat daripada orang awam membabitkan pergaduhan antara rakan serumah warga asing. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang lelaki warga asing yang belum dikenal pasti identiti selepas ditemui mati di tempat letak kenderaan sebuah rumah teres setingkat di Taman Seri Krubong, Krubong, Melaka.

Maut bergaduh di rumah sewa

MELAKA: Seorang lelaki warga asing maut dipercayai ditikam dengan senjata tajam selepas terbabit dalam pergaduhan di depan sebuah rumah teres di Taman Seri Krubong di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dan berusia dalam lingkungan 30-an, ditemui tertiarap dengan kesan tompokan darah.

Sebilah pisau kecil turut ditemui di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata siasatan awal mendapati, orang awam terdengar bunyi pergelutan daripada rumah sewa didiami sekumpulan warga asing.

"Sebaik tiba, polis mendapati seorang lelaki warga asing berusia 30-an sudah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tikaman di kiri abdomen.

"Bagaimanapun, penghuni lain di rumah itu sudah tiada. Polis turut menemui sebilah pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter di tempat kejadian, dipercayai digunakan ketika pergelutan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, awal pagi tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Harian X