Rabu, 1 Februari 2017 | 1:11am
Kru feri Kuala Perlis - Langkawi, Firdaus Muhammad Zulkifli, 20, dari Kupang, Kedah dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam laut di jeti Kuala Perlis, di sini malam tadi.
Kru feri Kuala Perlis - Langkawi, Firdaus Muhammad Zulkifli, 20, dari Kupang, Kedah dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam laut di jeti Kuala Perlis, di sini malam tadi.

Kru feri dipercayai lemas

Pihak berkuasa sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang kru feri Kuala Perlis - Langkawi, Firdaus Muhammad Zulkifli, 20, dari Kupang, Kedah yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam laut di jeti Kuala Perlis di sini malam tadi.

KANGAR: Seorang kru feri dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di jeti Kuala Perlis, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, berkata mangsa, Firdaus Muhammad Zulkifli, 20, dari Kupang, Kedah terjatuh ke dalam laut dalam kejadian jam 8.50 malam.

"Mangsa adalah kru feri Kuala Perlis - Langkawi dan kejadian berlaku ketika mangsa berada di kawasan feri sebelum dipercayai terjatuh.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan membabitkan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tinjauan BH di lokasi kejadian mendapati kawasan terminal dipenuhi orang ramai yang mahu menyaksikan sendiri operasi mencari dijalankan pihak berkuasa.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man turut kelihatan hadir bersama beberapa EXCO negeri bagi meninjau perkembangan operasi mencari.

Bagaimanapun, pengamal media tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan.

Berita Harian X