Selasa, 31 Januari 2017 | 2:56pm

Bot pelancong karam: Pemilik direman 4 hari

PESURUHJAYA Polis Sabah Datuk Ramli Din (kiri) bersama Konsulat Republik China Sabah, Chen Peijie (kanan) ketika melawat mangsa-mangsa bot karam, pelancong dari China di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu. -Foto Edmund Samunting

KOTA KINABALU: Pemilik bot pelancong yang karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum di perairan Kota Kinabalu, Sabtu lalu, direman selama empat hari bermula hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata pemilik bot berusia 44 tahun itu direman sehingga 3 Februari ini bagi membantu siasatan.

"Sebelum ini, seorang tekong dan kru bot yang karam itu ditahan serta direman selama 4 hari sehingga 2 Februari ini.

"Siasatan masih dijalankan, merangkumi pelbagai aspek," katanya pada sidang media selepas melawat mangsa bot karam membabitkan pelancong warga China di Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Pang Yuk Ming; Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu, Chen Peijie dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra.

Ramli berkata, ada mangsa yang stabil, namun ada juga masih trauma akibat tragedi itu.

Berita Harian X