Rabu, 25 Januari 2017 | 11:23am
KHAIRUL Nazuan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik sahaja berjaya dikeluarkan.
KHAIRUL Nazuan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik sahaja berjaya dikeluarkan.

Pemandu maut kontena rempuh belakang treler

ANGGOTA bomba melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit.-Foto NSTP
ANGGOTA bomba melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit.-Foto NSTP

GOPENG: Seorang lelaki maut selepas lori kontena dipandunya merempuh belakang treler yang sedang ditunda di Kilometer 295, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Khairul Nazuan, 28, maut di lokasi kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Difahamkan, lori kontena berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke utara namun merempuh belakang sebuah treler yang sedang ditunda di lorong perlahan di sebelah kiri lebuh raya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Nor Zambri Abd Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 8.13 pagi sebelum bersama anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba bomba mendapati pemandu lori berkenaan tersepit di tempat duduknya sebelum bertindak mengeluarkan mangsa.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik sahaja berjaya dikeluarkan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berita Harian X