X
Isnin, 23 Januari 2017 | 11:05am

Empat cedera bas rempuh enam kenderaan

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Kuala Bikam dekat Sungkai, petang tadi. - Foto ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Kuala Bikam dekat Sungkai, petang tadi. - Foto ihsan Bomba

KANGAR: Empat pemandu cedera apabila sebuah bas yang dipercayai mengalami masalah brek merempuh enam kereta di Persiaran Jubli Emas, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata empat pemandu kereta terbabit cedera ringan dalam kejadian jam 7.55 pagi itu dan dirawat di Hospital Tunku Fauziah (HTF).

Katanya siasatan awal mendapati bas berhenti-henti itu dipercayai merempuh kenderaan di hadapannya yang berhenti kerana lampu isyarat merah akibat kegagalan brek.

Wari berkata, kejadian itu menyebabkan kesesakan jalan raya sehingga beberapa kilometer dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X