Jumaat, 20 Januari 2017 | 3:49pm

2 maut, 4 cedera nahas 3 kereta

JOHANN Ofner
JOHANN Ofner

BELURAN: Dua maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Tanah Mas, Jalan Telupid-Sandakan, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa yang maut, Atal Bak, 62, dan seorang lagi wanita yang belum dikenal pasti , kedua-duanya menaiki Proton Wira Aeroback.

Empat lagi mangsa yang cedera adalah wanita yang menaiki Perodua Myvi dan Toyota Vigo.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Rantey Fred, berkata bomba menerima panggilan pada jam 11.53 pagi dan menghantar lima anggota ke lokasi yang terletak 87 kilometer (km) dari balai.

"Dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Empat mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Telupid, manakala dua mangsa yang maut di Hospital Beluran," katanya di sini.

Berita Harian X