Khamis, 19 Januari 2017 | 9:23am
POLIS sedang menyiasat tempat kejadian.
POLIS sedang menyiasat tempat kejadian.

Penjual kereta maut kemalangan

KOTA KINABALU: Seorang penjual kereta maut selepas kenderaan dipandunya berlanggar dengan sebuah kereta lain sebelum merempuh pokok lalu terbalik di Jalan Lintas, Kolombong di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Danial Iskandar Abdullah, 34, yang tersepit dalam kenderaannya yang remuk, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Camry dalam perjalanan dari arah Kolombong ke Lintas.

Setibanya di jalan terbabit, kenderaan mangsa dipercayai gagal dikawal lalu merempuh sebuah Perodua Myvi sebelum terbabas dan merempuh dua pokok di pembahagi jalan.

SEORANG penjual kereta maut selepas kenderaan dipandunya berlanggar dengan sebuah kereta lain sebelum merempuh pokok lalu terbalik di Jalan Lintas, Kolombong
SEORANG penjual kereta maut selepas kenderaan dipandunya berlanggar dengan sebuah kereta lain sebelum merempuh pokok lalu terbalik di Jalan Lintas, Kolombong

Kemalangan turut membabitkan sebuah lagi kenderaan jenis Honda Civic yang dirempuh Perodua Myvi terbabit, namun pemandu kedua-dua kenderaan itu tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Polis meminta orang awam yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X