Ahad, 15 Januari 2017 | 12:55pm
MAYAT Nik Muhamad Haikal dibawa ke Bilik Mayat Hospital Besut untuk bedah siasat. - Foto Mohammad Ishak
MAYAT Nik Muhamad Haikal dibawa ke Bilik Mayat Hospital Besut untuk bedah siasat. - Foto Mohammad Ishak

Seorang mangsa lemas ditemui, seorang lagi dicari

PASUKAN penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas di Pantai Bukit Keluang, Besut. - Foto Mohammad Ishak
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas di Pantai Bukit Keluang, Besut. - Foto Mohammad Ishak

JERTIH: Pasukan mencari dan menyelamat menemui seorang daripada dua kanak-kanak mangsa lemas di Pantai Bukit Keluang, dekat sini pagi ini.

Mangsa yang ditemui pada jam 8.20 pagi tadi ialah Nik Muhamad Haikal Fitri Nik Shamsuddin,13, dari Kampung Raja, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kasmani Hassan, berkata mayat mangsa ditemui kira-kira 200 meter dari tempat dia dilaporkan hilang petang semalam.

Katanya, pasukan penyelamat kini sedang giat mencari seorang lagi mangsa yang dipercayai lemas, Mohamad Izzat Haikal Alias, 12.

Beliau berkata, lokasi pencarian kini bertumpu di sekitar Pantai Bukit Keluang tempat di mana mangsa pertama ditemui.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, kedua-dua mangsa bersama empat rakan pergi ke pantai itu untuk mandi manda. Mereka dikatakan pergi ke lokasi dengan berbasikal dan dipercayai tanpa pengetahuan keluarga masing-masing.

Berita Harian X