Khamis, 12 Januari 2017 | 1:40pm
ANTARA barang kes pada sidang media rampasan dadah bernilai RM150,000 di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang.
ANTARA barang kes pada sidang media rampasan dadah bernilai RM150,000 di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang.
KETUA Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan (dua dari kanan) menunjukkan barang kes selepas sidang media rampasan dadah bernilai RM150,000 di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang. - Foto Rasul Azli Samad

Dadah RM150,000 dirampas

KETUA Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan (dua dari kiri) bersama Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah (dua dari kanan), Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Superintendan Zulkiflee Rashid (kanan) dan Pengawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Melaka Tengah, Inspektor Azaha Fadli (kiri) menunjukkan barang kes selepas sidang media rampasan dadah bernilai RM150,000 di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang. - Foto Rasul Azli Samad

AYER KEROH: Polis Melaka menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan seorang lelaki dan merampas 749.46 gram (g) pelbagai jenis dadah, termasuk cecair seberat 11.5 liter bernilai kira-kira RM150,000 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bandar Hilir, di sini, Selasa lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.15 pagi itu, polis turut merampas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano dan wang tunai RM4,300.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata suspek berusia 26 tahun itu ditahan dalam keadaan khayal selepas dipercayai menjalankan kegiatan itu di premis yang disewanya sejak November tahun lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang juga penganggur warga tempatan dikenali sebagai Topoi K mendapat bekalan dadah dari Lembah Klang untuk diedarkan kepada pengedar kecil-kecilan di premis hiburan di sekitar bandar raya ini.

"Polis turut mengenal pasti cecair yang dirampas disyaki mengandungi dadah jenis ketamin yang diisi dalam botol bertulisan 'Ribena Blackcurrant Fruit Drink', sebelum dijual pada harga RM300.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Antara dadah yang dirampas termasuk pil Eramin, paket plastik lutsinar disyaki ketamin dan pil ecstasy.

Abdul Jalil berkata, ujian air kencing turut mendapati suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau positif dadah jenis amphetamine.

"Barang yang dirampas pula disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988," katanya.

Berita Harian X