Sabtu, 31 Disember 2016 | 10:51am

Lelaki maut, kereta bertembung treler

SEORANG lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Persiaran Dagang, Bandar Sri Damansara di sini, pagi tadi.
SEORANG lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Persiaran Dagang, Bandar Sri Damansara di sini, pagi tadi.

SUNGAI BULOH: Seorang lelaki maut selepas Perodua Myvi dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Persiaran Dagang, Bandar Sri Damansara di sini, pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, mangsa berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

"Kira-kira jam 6 pagi, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler.

"Anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Berita Harian X