Isnin, 26 Disember 2016 | 9:15am
MANGSA lemas, Nik Abdul Aziz Al Fathoni Abdul Halim, 6, ditemui di tepi Pantai Kampung Tanjung Perupok Bachok, Kelantan pada jam 7.15 pagi. Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faizul Hisam Abdullah, Bahagian Operasi JBPM Kelantan bersama 3 anggota PBB dengan menaiki kenderaan AATV yang dipandu oleh PB Ibrahim Rohni menemui mangsa 3 kilometer dari tempat kejadian. - Foto Ihsan Bomba.

Mayat kanak-kanak lemas di Pantai Irama ditemui

KEADAAN air bertakung di lokasi kejadian di Kampung Bemban, Kangkong, Pasir Mas, hari ini. - Foto ihsan polis
KEADAAN air bertakung di lokasi kejadian di Kampung Bemban, Kangkong, Pasir Mas, hari ini. - Foto ihsan polis

BACHOK: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang lemas di Pantai Irama di sini, kelmarin ditemui jam 7.20 pagi tadi.

Mayat Nik Abdul Aziz Al-Fathoni Abdunhalim ditemui terdampar di pesisir pantai Kampung Tanjung, kira-kira lima kilometer dari lokasi dia terjatuh oleh anggota bomba ketika operasi mencari kanak-kanak itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Azmi Mokhtar, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

"Dengan penemuan mayat mangsa itu, operasi mencari dan menyelamat kini ditamatkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian jam 6 petang Sabtu lalu, mangsa dikatakan lemas selepas terjatuh ketika bermain bersama adiknya, Abdul Hadi, 4, dan abangnya, Nik Abdullah Azzam, 9.

Mangsa pergi ke pantai itu bersama ahli keluarga termasuk ibunya, Nik Siti Hanifah Nik Ahmad, 40, sempena cuti sekolah.

Berita Harian X