Jumaat, 18 November 2016 | 10:56pm

Kemalangan di Kota Tinggi: Seorang lagi maut

KEMALANGAN membabitkan dua kenderaan di Kilometer 77, Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran FELCRA Sungai Ara, Kota Tinggi.
KEMALANGAN membabitkan dua kenderaan di Kilometer 77, Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran FELCRA Sungai Ara, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 77, Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran FELCRA Sungai Ara, dekat sini, meninggal dunia sebentar tadi.

Pemandu PROTON Saga FLX, Sazumi Yahya, 55, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi akibat parah di kepala, menjadikan jumlah korban seramai lima orang.

Empat lagi meninggal dunia di tempat kejadian.

Mereka adalah pemandu PERODUA Alza, Siti Nurullfarhah Md Shafi'i, 20, dan dua lagi penumpang iaitu bapanya, Md Shafi'i Kassim, 56 dan ibunya, Asnah Kassim, 54 serta anak Sazumi, Nora Atiqah Sazumi, 13.

Dua lagi penumpang PROTON Saga FLX, Yusniza Yusof, 45 dan Nora Alina Sazumi, 19, cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Berita Harian X