Khamis, 17 November 2016 | 9:29am
Anggota Bomba berusaha mengeluarkan mangsa dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan PLUS Kilometer 383.2 Lebuhraya PLUS arah selatan kira-kira 2.51 pagi tadi. - Foto Rosman Shamsudin

Orang ramai melihat bas yang remuk teruk setelah terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah lori kontena di Kilometer 383.2 Lebuhraya PLUS arah selatan kira-kira jam 2.51, pagi. - Foto ihsan BOMBA

Pemandu maut, 7 penumpang cedera bas ekspres rempuh treler

Keadaan bas yang remuk teruk setelah terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah lori kontena di Kilometer 383.2 Lebuhraya PLUS arah selatan kira-kira jam 2.51,pagi. - Foto ihsan BOMBA

SLIM RIVER: Pemandu sebuah bas ekspres maut manakala tujuh penumpang cedera ringan apabila kenderaan itu merempuh treler di Kilometer 383.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, awal pagi tadi.

Pemandu bas berusia 27 tahun itu tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian bas itu membawa 27 penumpang dan tujuh daripada mereka cedera ringan serta diberi rawatan oleh petugas ambulans.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Ahmad Mat Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.51 pagi sebelum menghantar anggota ke lokasi kejadian.

"Kemalangan itu menyebabkan pemandu bas tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital.

"Tujuh penumpang bas berkenaan turut cedera ringan. Operasi tamat jam 4.33 pagi tadi," katanya di sini sebentar tadi.

Berita Harian X