Isnin, 24 Oktober 2016 | 6:39pm
KEADAAN serpihan motosikal yang di temui di tempat kejadian seorang lelaki yang mati di tikam selepas terbabit dalam pergaduhan di Taman Mutiara, Sungai Kob, semalam. - Foto Azahar Hashim
KEADAAN serpihan motosikal yang di temui di tempat kejadian seorang lelaki yang mati di tikam selepas terbabit dalam pergaduhan di Taman Mutiara, Sungai Kob, semalam. - Foto Azahar Hashim

Enam ditahan bantu kes tikam sampai mati

ANGGOTA polis membawa seorang suspek (baju merah) ke tempat kejadian bagi membantu berhubung kes seorang lelaki yang mati di tikam selepas terbabit dalam pergaduhan di Taman Mutiara, Sungai Kob, semalam. - Foto Azahar Hashim

KULIM: Polis menahan enam lelaki, termasuk suspek utama bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki mati ditikam dalam satu pergaduhan di Taman Mutiara Sungai Kob, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, R Parath, 24, bekerja sebagai operator kilang mati di Hospital Kulim selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan akibat ditikam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad, berkata suspek bersama lima lagi lelaki berusia 16 tahun sehingga 40 tahun berjaya ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar ini.

Katanya, berdasarkan aduan awam, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian tetapi mangsa sudah dibawa ke Hospital Kulim oleh rakannya sebelum disahkan meninggal dunia.

"Susulan itu, satu gerakan memburu dilakukan dan berjaya menahan semua suspek dengan dua daripada suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi tersenarai orang yang dikehendaki polis.

"Pemeriksan lanjut di lokasi kejadian, polis menemui senjata tajam yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa. Siasatan awal mendapati punca kejadian akibat perselisihan faham antara suspek dengan mangsa," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Abdullah berkata, pihaknya juga merampas dua kereta serta dua buah motosikal yang dipercayai digunakan semua suspek untuk melarikan diri.

"Semua suspek direman seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Berita Harian X