Selasa, 18 Oktober 2016 | 4:26pm

Jatuh eskalator: Polis selesai rakam keterangan ibu bapa, doktor

GEORGETOWN: Polis sudah merakamkan keterangan daripada ibu bapa dan doktor yang merawat kanak-kanak yang terjatuh daripada eskalator di Kompleks Bukit Jambul, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata keterangan terbabit dirakam di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi melengkapkan siasatan kejadian berkenaan.

"Kita sudah selesai merakam keterangan ibu bapa dan doktor di HPP. Setakat ini, mangsa belum sedarkan diri, namun berada dalam keadaan stabil.

"Kita juga akan meneruskan usaha merakam keterangan pelbagai pihak, termasuk saksi dan ahli keluarga lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahad lalu, seorang kanak-kanak perempuan terjatuh daripada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jambul, di sini.

Mangsa, Nur Akilah Amani, 3, mengalami pendarahan dalam kepala, selain retak tempurung kepala.

KETUA Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
KETUA Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

Berita Harian X