Isnin, 17 Oktober 2016 | 1:11pm

Budak 3 tahun parah jatuh eskalator

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan parah selepas dipercayai terjatuh dari eskalator di Kompleks Bukit Jambul di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dipercayai didukung oleh bapanya di bahu sambil menaiki eskalator sebelum terjatuh.

Bapa mangsa dikatakan menundukkan kepala, menyebabkan anaknya yang berada di bahu terjatuh dari ketinggian hampir tiga meter.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata mangsa masih kritikal dan dirawat di Hospital Pulau Pinang.

"Siasatan lanjut masih dilakukan," katanya di sini, hari ini.

FOTO diambil daripada rakaman video kejadian kanak-kanak perempuan tiga tahun yang terjatuh daripada eskalator di sebuah kompleks beli-belah di Bukit Jambul.
FOTO diambil daripada rakaman video kejadian kanak-kanak perempuan tiga tahun yang terjatuh daripada eskalator di sebuah kompleks beli-belah di Bukit Jambul.

Berita Harian X