Ahad, 16 Oktober 2016 | 2:38pm

Lelaki maut ditikam teman lelaki adik

ANGGOTA Unit forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu melakukan siasatan keatas mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh di Kompleks Seri Iman hari ini. - Foto Aswadi Alias
ANGGOTA Unit forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu melakukan siasatan keatas mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh di Kompleks Seri Iman hari ini. - Foto Aswadi Alias

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki maut selepas ditikam seorang lelaki di kawasan tempat letak kereta Kompleks Seri Iman, di sini, sebentar tadi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika mangsa berusia 34 tahun bersama keluarga dan suspek ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk membuat semakan status perkahwinan, pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Suspek dilaporkan bertengkar dengan mangsa apabila status perkahwinannya terbongkar dan bertindak menikam mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan awal mendapati enam kesan tikaman pada tubuh mangsa.

Berita Harian X