Khamis, 13 Oktober 2016 | 8:10am

3 maut, 5 cedera nahas 3 kenderaan

KEMALANGAN membabitkan tiga kenderaan di Ladang Reka Halus, Jalan Telupid malam tadi menyebabkan tiga maut.- Foto ihsan pembaca.
KEMALANGAN membabitkan tiga kenderaan di Ladang Reka Halus, Jalan Telupid malam tadi menyebabkan tiga maut.- Foto ihsan pembaca.

BELURAN: Tiga maut, manakala lima lagi cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Ladang Reka Halus, Jalan Telupid, malam tadi.

‎Ketiga-tiga mangsa lelaki, Ahmad Idham Ghani, 18, dan dua yang belum dikenal pasti ‎identitinya meninggal dunia di lokasi kemalangan dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu.

‎Lima lagi yang cedera membabitkan tiga wanita dan dua lelaki.

‎‎Difahamkan, kemalangan membabitkan sebuah van, pacuan empat roda dan ambulans milik syarikat perladangan ‎yang ‎bertembung menyebabkan tiga mangsa dalam van tersepit serta meninggal dunia.

‎‎‎Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.26 malam sebelum menghantar enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan ke lokasi yang terletak kira-kira 60 kilometer dari balai.

"Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang meninggal serta cedera dihantar ke Hospital Beluran," katanya di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X