Sabtu, 1 Oktober 2016 | 12:19pm

Mayat terapung ditemui dekat Pulau Perhentian

MAYAT seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung dekat Pulau Perhentian dekat sini, petang semalam. -Foto Mohammad Ishak
MAYAT seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung dekat Pulau Perhentian dekat sini, petang semalam. -Foto Mohammad Ishak

JERTIH: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung dekat Pulau Perhentian dekat sini, petang semalam.

Mayat ditemui orang awam kira-kira jam 4.30 petang dalam keadaan terlentang, kira-kira satu kilometer dari sebuah pusat peranginan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, ketika mengesahkan perkara itu berkata, mangsa ditemui dalam keadaan bogel manakala lengan kanan mempunyai cacah 'I love you'.

"Mayat ditemui dalam keadaan kembung dan bengkak, dipercayai akibat lama dalam air," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan semakan terhadap laporan orang hilang akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Berita Harian X