Khamis, 8 September 2016 | 7:58pm

Wanita maut motosikal terbabas ke longkang

ANGGOTA APM Jertih mengangkat mayat mangsa yang terhumban ke dalam longkang. - Foto Mohammad Ishak
ANGGOTA APM Jertih mengangkat mayat mangsa yang terhumban ke dalam longkang. - Foto Mohammad Ishak

JERTIH: Seorang wanita terbunuh apabila motosikal yang ditunggangnya terjunam ke longkang di Kampung Gong Kepas Dalam, dekat sini, tengah hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa Azizun Mohd Noor, 39, dari Kampung Keluang, Besut dikatakan menunggang bersendirian menuju ke Kampung Gong Bayor apabila motosikalnya hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata mangsa yang cedera parah di kepala, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jertih yang tiba di tempat kejadian, membantu mengangkat mayat mangsa yang terhumban ke longkang.

"Mangsa yang bekerja di kedai makan menunggang motosikal milik suaminya dan tidak mempunyai lesen memandu," katanya.

Berita Harian X