Ahad, 28 Ogos 2016 | 5:23pm

Lelaki maut kereta bertembung pacuan empat roda

KERETA Kenari yang dinaiki mangsa remuk selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Batu 12, Jalan Bintulu-Miri.
KERETA Kenari yang dinaiki mangsa remuk selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Batu 12, Jalan Bintulu-Miri.

BINTULU: Seorang lelaki maut selepas kereta PERODUA Kenari dipandunya bertembung kenderaan pacuan empat roda di Batu 12, Jalan Bintulu-Miri, pagi ini.

Dominic Mangga Chili, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan tersepit dalam kenderaannya susulan nahas kira-kira jam 11.30 pagi itu. 

Jurucakap polis berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda dikenali Jalong Imut, 52, cedera ringan dan dimasukkan ke Hospital Bintulu. 

"Mangsa yang maut tersepit dalam kenderaannya dan dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 11.54 pagi. Mayat dihantar ke Hospital Bintulu," katanya ketika dihubungi di sini. 

Berita Harian X