Sabtu, 27 Ogos 2016 | 11:56pm

2 maut, 4 parah nahas kereta, treler

BATU PAHAT: Dua maut, manakala empat lagi parah apabila kereta dinaiki sekeluarga dirempuh sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 115.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Yong Peng, kira-kira jam 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata kemalangan itu turut membabitkan sebuah lagi treler, sebuah lori dan dua kereta.

Katanya, dua penumpang terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian manakala empat lagi mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk rawatan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah treler dari arah Yong Peng merempuh kereta dinaiki enam sekeluarga sehingga terperosok di bawah treler dan diseret sejauh kira-kira 10 meter.

"Dua penumpang kereta tersepit dan maut di lokasi kejadian, manakala empat lagi mangsa cedera parah," katanya.

Berita Harian X